Acer Jemput Rakan Media Untuk Makan² Sempena Hari Natal

Sebagai tanda terima kasih kepada rakan media, Acer telah menjemput rakan media untuk majlis makan-makan sempena hari Natal. Majlis berlangsung di Botanica + Co Restaurant & Bar hari ini telah dihadiri oleh ramai para media.

Dalam majlis tersebut, Acer telah mempamerkan tiga komputer riba terbaru yang akan dilancarkan pada Januari 2018. Model pertama adalah Acer Switch 7 edisi Hitam. Masih mengekalkan spesifikasi yang sama seperti sebelum ini, Acer hanya menambah warna baru iaitu hitam sahaja.

Acer Switch 7 Black Edition

Model seterusnya adalah Acer Spin 3, sebuah komputer riba yang direka untuk kegunaan seharian. Walaupun model ini telah berada di pasaran malaysia pada Oktober 2017, tidak diketahui apakah pembaharuan yang akan ditonjolkan pada model terbaru ini.

Acer Swift 5

Model terakhir yang dipamerkan adalah Acer Swift 5. Ia menampilkan rekaan logam yang nipis serta mampu bertahan selama 8 jam.

Buat masa ini, masih belum ada sebarang harga, cuma Acer memberitahu ketiga-tiga peranti ini akan dilancarkan pada Januari 2018.

You might also like