
Redmi K30 Ultra Bakal Tampil Dengan Kadar Segar Semula 120Hz??? Betul Ke?
Ada sesuatu yang menarik minat apabila dikhabarkan Redmi K30 Ultra bukan hanya tampil dengan paparan AMOLED tetapi ia juga bakal hadir dengan kadar segar semula 120Hz.

Menurut ITHome, ia bakal hadir juga dengan kamera pop naik dan tiada sebarang takuk.
Ia dikatakan juga juga bakal hadir dengan pemproses MediaTek Dimensity 1000+ yang baharu dan dipadankan dengan RAM sebesar 8GB. Kamera juga tidak mengecewakan apabila ia mungkin bakal tampil dengan 64MP bagi kamera utama dan 20MP kamera selfie dengan bateri4500mAh.