AppGallery Terus Berkembang Maju dalam Pasaran Malaysia

321

AppGallery Malaysia terus berkembang, membawa kepelbagaian lebih besar aplikasi yang relevan dan berkualiti kepada pengguna Malaysia.

Bagi mengiktiraf rakan kongsinya yang komited di Malaysia, AppGallery mendemonstrasikan kuasa pemasaran serantau kepada enam aplikasinya yang paling popular.

SHENZHEN, China, 10 Ogos 2020 /PRNewswire/ — Menyediakan pelanggannya dengan aplikasi baharu yang paling inovatif, AppGallery Malaysia terus berkembang sejak setahun yang lalu. Bagi meraikan kejayaan pasaran tempatan ini, enam rakan kongsi telah dipilih untuk merasai nilai pemasaran serantau sebagai sebahagian daripada kempen global. Memberi inspirasi kepada pembangun untuk merealisasikan potensi perniagaan aplikasi mereka dengan AppGallery, kempen berkenaan diadakan merentas 20 negara, termasuk Malaysia.

AppGallery: Pasaran Aplikasi Yang Himpunkan Aplikasi Global dan Tempatan Berkualiti

Salah satu daripada tiga pasaran aplikasi yang terkemuka di dunia, AppGallery mengutamakan keperluan yang pelbagai audiens seluruh dunia dengan menyediakan aplikasi baharu yang terbaik pada skala global dan tempatan. Seramai 460 juta pengguna aktif AppGallery di 170 wilayah mendemonstrasikan pertumbuhan platform, dengan keperluan pengguna sebagai titik tumpuan utama.

Huawei menumpukan pada pembangun tempatan, mengundang mereka untuk menyenaraikan aplikasi mereka di AppGallery bagi memenuhi permintaan pengguna sekali gus menyokong pasaran tempatan. Dengan tawaran teknologi yang inovatif dan sokongan pemasaran termaju, AppGallery menawarkan laluan yang kompetitif untuk pembangun.

Sebagai salah satu pasaran utama AppGallery, Malaysia telah menyaksikan pencepatan penggabungan aplikasi tempatan. AppGallery Malaysia berupaya untuk menyediakan pelanggan dengan akses kepada beberapa aplikasi dan perkhidmatan tempatan paling popular yang mereka perlukan. Pengguna kini dapat menikmati aplikasi seperti LINE, Shopee, Agoda, MyDigi App, Maybank2u dan AirAsia, kesemuanya disediakan di AppGallery.

Membantu Rakan Kongsi Berkembang melalui Promosi Serantau 

Menunjukkan komitmen AppGallery terhadap pertumbuhan dalam pasaran Malaysia, sebagai sebahagian daripada kempen berskala global, enam aplikasi yang paling popular di negara tersebut telah dipilih untuk promosi serantau tambahan bagi meningkatkan lagi pengaruh jenama.

Menggalakkan rakan-rakan kongsi untuk merealisasikan potensi perniagaan mereka melalui pemasaran bersasaran, kempen berkenaan menunjukkan nilai promosi sokongan AppGallery. Enam rakan kongsi dipromosikan melalui iklan televisyen dan platform serantau AppGallery, menampilkan rakaman video yang dicipta khas dan imejan sokongan.

Aplikasi Malaysia yang popular di AppGallery
Aplikasi Malaysia yang popular di AppGallery

Sebagai sebahagian daripada kempen yang lebih luas, rakan-rakan kongsi AppGallery di Malaysia mendapat manfaat daripada peningkatan kesedaran jenama dalam pasaran tempatan, yang membawa kepada peningkatan dalam muat turun dan penglibatan aplikasi.

Memanfaatkan keupayaan pemasaran yang luas, aplikasi ini menerima sokongan tambahan sebagai sebahagian daripada kempen tersebut:

  • Lazada – terus meningkat popularitinya, Lazada menawarkan pengguna dengan pengalaman membeli belah yang mudah dan dikatakan sebagai salah satu aplikasi yang terkemuka dalam edagang.
  • Shopee – aplikasi membeli belah popular yang membolehkan pengguna membeli dan menjual, Shopee mempunyai berjuta-juta pelanggan yang ingin menyenaraikan produk dan membeli belah dengan tawaran dan diskaun dalam talian.
  • Lords Mobile – salah satu pilihan permainan Huawei yang paling popular, Lords Mobile mendapat ulasan skor yang tinggi lantaran gayanya yang asli dan didorong oleh pengembaraan.
  • Foodpanda – menjadi hos kepada beberapa restoran dan kafe yang paling popular, aplikasi berasaskan penghantaran ini membolehkan penggunanya melayari dan memesan dengan mudah daripada outlet tempatan mengikut lokasi.
  • Dahmakan  – satu lagi pilihan penghantaran makanan untuk pengguna, Dahmakan bekerjasama langsung dengan cef-cef tempatannya bagi menyediakan seleksi utama pilihan makanan yang popular untuk penghantaran
  • Huawei Video  – platform hiburan yang semakin popular, Huawei Video menyediakan pengguna dengan akses kepada filem, rancangan TV dan siri terkini.

Setiap rakan kongsi mengalami lonjakan muat turut pengguna, dengan sumber-sumber pemasaran serantau AppGallery memacu perkembangan ini.

Komitmen AppGallery

Melalui komitmennya terhadap pasaran Malaysia, AppGallery telah memacu angka muat turun dan penglibatan pengguna untuk aplikasi tempatan. Dengan menyokong pembangun dalam wilayah pasaran utama, AppGallery dapat memastikan pelanggannya disediakan dengan pemilihan aplikasi sebaik mungkin.

AppGallery didedikasikan untuk mendengar pelanggannya. Melalui perkhidmatan ‘Senarai Keinginan’ (‘Wish List’), pengguna boleh menghantar aplikasi yang ingin dilihat oleh mereka di AppGallery, menerima pemberitahuan sebaik sahaja tersedia. Sejak Januari 2019, AppGallery telah menyediakan lebih 580 aplikasi sebagai respons kepada Senarai Keinginan.

Untuk maklumat lanjut, kunjungi: https://developer.huawei.com/consumer/en/huaweihealth

Untuk kisah dan perbincangan perkongsian yang lebih lanjut, kunjungi Forum Pembangun HUAWEI: https://forums.developer.huawei.com/forumPortal/en/home?fid=0101246461018590361

Foto – https://photos.prnasia.com/prnh/20200807/2879600-1?lang=0

Keywords: Computer/Electronics Entertainment Mobile Entertainment Telecommunications

Source: PRNEWSWIRE