
Menerusi laman Facebook, Huawei Malaysia telah berkongsi berita gembira mengenai penjualan P9 yang telah berjaya dijual sebanyak 100,000 unit di Malaysia. Ia merupakan angka yang besar bagi penjualan telefon pintar hari ini.

Apa yang menariknya telefon pintar ini, ia menampilkan rekaan premium dengan dua lensa kamera pertama di dunia hasil kerjasama bersama Leica. Bukan itu sahaja, harga yang ditawarkan untuk model ini juga berpatutan berbanding model flagship yang ada di pasaran sekarang.

