‘Tamago 100 Legends’ Tawar Hadiah Lumayan Sehingga RM370,000

Platform penstriman langsung termuka Asia Tenggara, Tamago kini mengadakan pertandingan ‘Tamago 100 Legends’ bagi membuka peluang kepada semua peminat setia ‘Mobile Legends Bang Bang’ (MLBB) di Malaysia untuk membawa pulang sebahagian daripada hadiah berupa wang tunai sehingga RM 370,000 yang ditawarkan.

Bermula dari 1 Oktober hingga 31 Oktober 2018, pemain MLBB berpeluang memenangi hadiah wang tunai tersebut dengan hanya meraih tempat 100 terbaik dan menyiarkan permainan mereka di Tamago. Para pemain Malaysia akan bertarung dengan pemain-pemain lain dari seluruh Asia Tenggara untuk merebut kedudukan tertinggi.

Untuk menyertai, pemain perlu:

  • Mendaftar di SINI.
  • Menambah “Tamago” pada nama hadapan mereka di dalam permainan Mobile Legends.
  • Meraih peringkat setinggi mungkin dalam permainan dan carta pemarkahan Mobile Legends.
  • Menyiarkan permainan mereka di Tamago sekurang-kurangnya dua jam sehari (atau 60 jam sepanjang tempoh pertandingan).
  • Membawa pulang hadiah wang tunai berdasarkan kedudukan masing-masing di antara pemain lain yang mempunyai “Tamago” pada nama mereka di akhir tempoh pertandingan.

Tempat pertama akan membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM 41,400. Bagi tempat kedua dan ketiga pula, pemenang masing-masing akan membawa pulang RM 20,700 dan RM 12,400.

Menariknya, Tamago turut memberikan hadiah sehingga pemenang ke 100 iaitu peserta yang menyandang tempat ke-4 hingga ke-50 akan membawa pulang wang tunai berjumlah RM 4,140. Manakala, bagi tempat ke-51 hingga ke-100 pula bakal menerima wang tunai berjumlah RM 2,070.

You might also like