
Ada sesuatu yang menarik mengenai peranti popular vivo V19 apabila harga peranti ini kini turun RM200 dan kini berharga RM1499.

Peranti ini tampil dengan skrin yang memukau iaitu 6.44″ FHD+ yang memberi tontonan terbaik. Turut dikuasakan oleh cip pemproses Snapdragon 712 dan dipadankan dengan 8GB RAM dan storan sebesar 256GB.
Aspek kamera tidak mengecewakan apabila ia dihadirkan dengan 48MP + 8MP + 2MP + 2MP bagi kamera belakang. Manakala kamera hadapan pula tampil dengan 32MP + 8MP.
Kapasiti bateri juga sangat besar apabila ia disertakan dengan 4500mAh dan disertakan dengan sokongan pengecasan pantas 33W.