
Fungsi VoLTE Kini Diaktifkan Pada Model OnePlus 2 Melalui Kemas Kini OxygenOS v3.5.5
OnePlus telah mengemas kini peranti flagship 2015, OnePlus 2 kepada OxygenOS versi terbaru, v3.5.5. Versi terbaru ini membawakan pelbagai fungsi baru dan tambah baik, dan salah satu yang menarik perhatian adalah pengaktifan servis VoLTE.
Fungsi VoLTE • App Lock • Mod Penjimatan Bateri (Settings → Bateri → More) • Mod Gaming (Settings → Developers Option) • Tetapan baru Alert Slider • Bar kelantangan audio baru • Tambah baik fungsi Shelf • Kemaskini antaramuka • Kemaskini aplikasi jam • Kemaskini Android Security Patch untuk 1/12/16 • Tambah baik sistem • Baik pulih bugs
Perubahan tersebut membawakan OnePlus 2 lebih selaras dengan mobil sekarang ini dan memberikan sentuhan antaramuka yang lebih moden. Untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa perubahan yang dilakukan kepada sistem baru ini dengan:-
- Jam, Kalkulator dan Mesej akan digantikan dengan aplikasi asli dari OnePlus. Namun anda masih boleh mendapatkan aplikasi pihak ketiga dari Play Store.
- Kebanyakan tetapan telefon akan ditetapkan semula ke tetapan asal selepas menaik taraf kepada OxygenOS v3.5.5, contohnya seperti nada dering, warna antaramuka dan bar status penunjuk bateri.
- Selepas mengemas kini ke versi 3.5.5, fungsi asas seperti sambungan WiFi, network dan cap jari mungkin terjejas jika pengguna flash kembali peranti kepada versi 3.1.0. Anda perlu menggunakan perisian khas untuk melakukan proses turun taraf yang sekaligus akan membuang semua data di dalam peranti anda. Jadi jika anda bercadang ingin kembali ke versi lama setelah melakukan naik taraf, sila ingat untuk melakukan proses backup.