Nintendo Sudah Bersedia Mengeluarkan Lebih Banyak Judul Permainan Mobil

2488
- Iklan -

1Selepas sekian lama mengelak dari terjun ke dalam pasaran permainan mudah alih, Nintendo kini yakin yang mereka sudah bersedia bersaing di dalam pasaran yang kompetitif itu berdasarkan kejayaan awal Super Mario Run. Di dalam sebuah temu bual, presiden syarikat Nintendo, Tatsumi Kimishima mengesahkan bahawa Nintendo akan melancarkan antara dua hingga tiga permainan mobil baru pada setiap tahun, bermula tahun hadapan.

Super Mario Run dilancarkan untuk iOS pada 15 Disember, dan Nintendo mengesahkan permainan tersebut telah dimuat turun 50 juta kali di seluruh dunia. Kimishima menjangka bahawa permainan ini akan mencatatkan 100 juta muat turun. Laporan awal menjangkakan Super Mario Run akan tersedia untuk Android pada tahun hadapan, namun Nintendo masih belum lagi berkongsikan tarikh pelancaran.

Nintendo telah mendedahkan bahawa dua daripada permainan mudah alih yang akan datang adalah berdasarkan permainan Animal Crossing dan Fire Emblem, dua judul yang sangat terkenal di kalangan peminat Nintendo namun agak asing bagi majoriti pengguna mainstream.