Paparan Skrin iPhone 7/7 Plus Anda Kelihatan Kuning?! Ikuti Tip Mudah Bagi Mengatasi Isu Kekuningan!

Sekiranya kurang bernasib baik, anda mungkin akan menerima unit iPhone 7 atau iPhone 7 Plus yang berhadapan dengan isu paparan skrin yang kelihatan agak kekuningan. Mungkin juga ada di antara anda di luar sana yang tidak menyedari masalah yang dihadapi, sehinggalah peranti anda itu diletakkan bersebelahan dengan iPhone 6s/6s Plus ataupun iPhone 7/7 Plus milik rakan yang lain. Usah khuatir kerana anda sebenarnya boleh mengatasi masalah ini dengan mengikuti tips yang akan diajar oleh kami.

Perbandingan paparan skrin yang berhadapan dengan isu kekuningan

pic-1Berdasarkan kepada gambar, jelas dapat dilihat bahawa terdapat sesetengah unit iPhone 7 atau iPhone 7 Plus yang berhadapan dengan isu paparan skrin yang kelihatan lebih kuning atau warmer daripada sepatutnya. Sebagai contoh, paparan skrin iPhone 7 Plus kelihatan sangat kuning jika dibandingkan dengan paparan skrin iPhone 6s Plus. Tidak dinafikan isu ini bukanlah satu isu yang besar, tetapi sedikit sebanyak ia memberi kesan pada paparan imej ataupun video yang akan dipaparkan.

 

Bagaimana cara mengatasi isu paparan skrin kuning?!

langkah-1 langkah-2 langkah-3

  1. Akses Settings dan diikuti dengan menu General.
  2. Kemudian klik pada menu Accessibility.
  3. Seterusnya cari menu Display Accomodations.

 

langkah-4 langkah-5 4. Klik pada menu Colour Filters.

5. Untuk mengakses menu penuh, klik pada ruangan Colour Filters.

 

 

 

 

 

langkah langkah-76. Seterusnya pilih menu Colour Tint.

7. Untuk mendapatkan warna yang sepatutnya, anda perlu melaras bar pada bahagian INTENSITY dan juga HUE bagi mendapatkan warna paparan yang sepatutnya.

 

 

 

 

Perbandingan paparan skrin sebelum dan selepas talaan warna paparan dibuat

pic-1-sebelumSebelum

pic-2-selepasSelepas

You might also like