
HTC baru sahaja melancarkan dua peranti terbaru bagi pasaran Malaysia. Desire 10 Pro dan One A9s mempunyai tarikannya yang tersendiri dan ayuh kita lihat profil kedua-dua peranti ini.
HTC Desire 10 Pro
Diilhamkan dari pergerakan Art Deco dalam seni dan reka bentuk, HTC Desire 10 Pro menerapkan unsur mewah dan moden melalui reka bentuk berani, tepat dan garis geometri pada HTC Desire 10. Peranti ini dikemaskan dengan warna-warna yang elegan yang memancarkan kemewahan peranti ini.
HTC Desire 10 Pro menampilkan kemasan logam warna emas berkontur yang terjalin sempurna dengan kemasan matte pada panel smartphone ini. Terdapat variasi warna Stone Black, Polar White, Royal Blue dan Valentine Lux, HTC Desire 10 dijual pada harga RM 1,699.
Spesifikasi
Saiz | 156.5 x 76 x 7.86mm |
Paparan | 5.5 inci, Full HD (1080p) IPS dengan Corning Gorilla Glass |
Sistem Operasi | Android 6.0 dengan HTC Sense |
Pemproses | MediaTek Helio P10, Octa-core, 64-bit |
Memori | RAM: 4GB ROM: 64GB dengan sokongan MicroSD sehingga 2TB |
Kamera | Utama: 20MP, f/2.2 aperture, 27.8mm focal length, laser autofocus, BSI sensor, Auto HDR mode, Panorama mode, Continuous shooting
Hadapan: 13MP, f/2.2 aperture, 27.8mm focal length, BSI sensor, Auto HDR mode, Voice Selfie, Live make-up, Selfie Panorama, Touch to capture |
Bateri | 3,000mAh |
Warna | Stone Black, Polar White, Royal Blue dan Valentine Lux |
Harga | RM 1,699 |
HTC One A9s
HTC One A9s pula sebuah peranti yang mempunyai profil lebih senyap dan halus tanpa reka bentuk yang benar-benar menonjol. Kemas, mudah dan bersih menjadi elemen utama namun masih mengekalkan keteguhan dan kemampuan peranti yang terbaik HTC boleh tawarkan.
Walaupun mempunyai spesifikasi dan harga lebih rendah dari Desire 10 Pro, bakal pemilik One A9s pasti tidak akan kecewa dengan kualiti binaan One A9s yang menggunakan kerangka aluminium dan panel metal yang memberikan ciri premium dan keteguhan kepada One A9s. Mari kita lihat spesifikasi peranti yang dijual pada harga RM 1,159 ini.
Spesifikasi
Saiz | 146.49 x 71.5 x 7.99mm |
Paparan | 5.0 inci, HD 720p Super LCD |
Sistem Operasi | Android dengan HTC Sense |
Pemproses | MediaTek Helio P10, Octa-core, 64-bit |
Memori | RAM: 2GB ROM: 16GB dengan sokongan MicroSD sehingga 2TB |
Kamera | Utama: 13MP, f/2.2 aperture, LED flash Pro mode dengan kawalan manual dan sokongan format RAW, Panorama mode, Continuous shooting, Zoe capture, Hyperlapse
Hadapan: 5MP, Live makeup, Auto selfie, Voice selfie |
Bateri | 2300mAh |
Harga | RM 1,159 |