
[ Ura – Ura ] : Jadi Bualan Hangat! Adakah Ini Spesifikasi & Gambaran Penuh Untuk Samsung Galaxy Z Flip?!
Samsung bakal mengadakan acara tahunannya iaitu Galaxy Unpacked 2020 pada 11 Februari ini. Terdapat khabar angin mengatakan bahawa Samsung bakal muncul dengan Samsung Galaxy Z Flip pada acara berkenaan. Memetik beberapa sumber artikel, spesikasi penuh dan renders peranti kini dikatakan telah bocor dan menjadi bualan ramai.

Spesifikasi Samsung Galaxy Z Flip
Muncul dengan kod nama Galaxy Bloom, Samsung Galaxy Z Flip mungkin membawakan rekaan clamshell dengan diameter 87.4 x 73.6 x ~17.3mm apabila dilipat. Apabila dibentang, ia menyajikan diameter berukuran 167.9 x 73.6 x 7.2mm dengan berat sekitar 183g.
Samsung Galaxy Z Flip mungkin disertakan dengan paparan skrin bersaiz 6.7″ Super AMOLED Dynamic dengan resolusi FHD+ (1080 x 2636 piksel) – apabila dibentang. Ia juga mungkin membawakan rekaan paparan Infinity O dengan sokongan fungsi HDR 10+. Apabila dilipat, peranti ini membawakan saiz skrin sebesar 1.06″ Super AMOLED dengan resolusi (300 x 116 piksel). Kedua – dua paparan menyokong mode Always-On Display.

Untuk dalaman, ia dijangka dibekalkan dengan chipset Snapdragon 855+ (7nm) dengan persediaan memori sebesar 8GB RAM dan storan sehingga 256GB (UFS 3.0). Untuk ruangan lebih, Samsung Galaxy Z Flip juga menyertakan ruangan simpanan seperti Samsung Cloud, Google Drive and Microsoft OneDrive. Melengkapinya, bateri berkapasiti 3,300mAh dengan sokongan pengecasan 15W dan 9W pengecasan tanpa wayar.

Untuk persediaan kamera pula, ia mungkin membawakan sokongan dwi kamera utama dengan lensa sebesar 12MP bersama persediaan LED Flash, dual pixel autofocus, OIS dan rakaman video 60fps 4K. Pun begitu, maklumat tertiris masih lagi rumors. Sama – sama kita tunggu!

