
Telefon pintar pastinya sebuah mekanisme yang penting buat pengguna pada ketika ini. Ia bukan hanya untuk berhubung melalui panggilan atau kiriman mesej, tetapi kepelbagaian fungsi memudahkan hidup anda.
Namun disebalik kelebihan tersebut, maklumat peribadi anda berisiko untuk dicuri pada telefon anda. Berikut adalah 9 langkah memastikan data peribadi dalam peranti pintar anda selamat!!!
#1 Pastikan Telefon Anda Menggunakan Kata Laluan
Tidak kira sama ada anda menggunakan peranti mahal mahupun murah, atau Android mahupun iPhone, apa yang perlu anda lakukan adalah meletakkan kata laluan pada peranti tersebut. Ia menyukarkan pihak ketiga untuk menggunakan peranti ini yang sekaligus menyelamatkan maklumat peribadi anda.
#2 Sentiasa Back Up Data Anda!
Pastikan anda melakukan Back Up sebarang data yang berada di telefon anda kerana ia sangat berguna sekiranya anda kehilangan telefon anda. Contohnya Whatsapp.
#3 Sentiasa Waspada Terhadap Aplikasi yang Dipasang
Kadang-kala aplikasi yang dipasang pada peranti tidak berada dalam kadaan yang selamat kerana mungkin mengandungi Malware. Aplikasi ini secara tidak langsung menjejaskan data anda dan merosakkan telefon anda.
#4 Sentiasa Mengemas Kini OS
Hal ini perlu anda lakukan kerana setiap kemas kini akan dihadirkan dengan perlindungan daripada sebarang anasir-anasir yang boleh merosakkan telefon seperti Malware, Bugs dan sebagainya.
#5 Akaun iCloud Dan Google Perlu Dilindungi
Pada zaman sekarang, ramai yang cuba mengambil kesempatan dengan cuba ‘hack’ akaun iCloud atau Google anda. Apa yang boleh anda lakukan sebagai langkah persediaan adalah dengan aktifkan 2 langkah pengesahan (2 step verification) bagi akaun ini.
#6 Jangan Rooting Atau Jailbreak Peranti Anda
Ramai pengguna yang melakukan tindakan Rooting atau Jailbreak peranti mereka. namun tanpa mereka sedari ia sebenarnya merosakkan telefon mereka. Sekiranya anda melakukan tindakan ini, anda tidak dapat mengemasi kini OS terkini yang sekaligus mendedahkan peranti anda kepada bahaya.
#7 Waspada Ketika Menyambung Peranti Anda pada WiFi
Sekiranya anda kehabisan data dan berada di luar. Anda pastinya akan cuba menyambung peranti anda dengan WiFi ditempat umum. Pastikan anda berhati-hati dan menyemak terlebih dahulu WiFi yang anda sambungkan itu.
#8 Gunakan Aplikasi Secara Terus Tanpa Perlu Guna Browser
Sekiranya anda memuat turun aplikasi, pastikan anda membuat akaun anda mengunakan aplikasi tersebut sekiranya anda ingin melakukan sebarang transaksi. Jangan buka menggunakan browser kerana ia lebih berisiko untuk terdedah.
#9 Laporkan Sekiranya Telefon Dicuri
Ia mungkin seperti perkara remeh, namun ia sebenarnya tindakan yang perlu dilakukan. Pencuri yang mengambil telefon anda boleh mengakses telefon anda dan mengambil maklumat peribadi anda. Laporkan bagi melindungi maklumat peribadi anda.
______________________________
Artikel Berkaitan: