[Ura-Ura] : Adakah Ini Gambaran Sebenar Rekaan Redmi Note 8 Pro?

Redmi kini sibuk dengan persediaan peranti terbaru keluaran mereka iaitu siri Redmi Note 8. Kini, khabar angin bertiup kencang mengatakan gambaran sebenar redmi Note 8 Pro telah bocor – rekaan peranti berkenaan bocor ketika penggambaran iklan dilakukan. Memetik imej tersebar, ia memperlihatkan rekaan panel belakang hampir sama dengan Redmi K20 dan K20 Pro.

Jika diteliti, kamera tidak lagi berada pada sebelah kiri – sebaliknya diletakkan secara menegak pada bahagian tengah. Ia dilihat menyertakan sokongan tiga kamera utama dan terdapat pengimbas cap jari fizikal berbentuk bulat pada panel berkenaan. Spesifikasi utama peranti masih belum diketahui setakat ini.

Walaubagaimanapun, maklumat tertiris masih lagi rumors. Apa yang boleh korang harapkan untuk model kali ini? Kongsikan dengan kami! Kekal bersama eRing untuk lebih info terkini!

[SUMBER]

________________________________________________________________

Artikel Berkaitan:

You might also like