
11street salah satu pasaran atas talian terbesar di Malaysia, telah melancarkan program akademik e-dagang dengan pensijilan pertama di Malaysia. Program ini mensasarkan bagi membantu sekurang-kurangnya 1000 peniaga dan usahawan untuk mengembangkan perniagaan atas talian mereka.
Hoseok Kim (Ketua Pegawai Operasi 11street) berkata inisiatif ini bertujuan memberikan setiap aspek pengetahuan e-dagang bagi membantu peniaga mengembangkan perniagaan, memandangan ramai di antara mereka cukup berminat untuk meneroka dan belajar langkah-langkah berkesan untuk berjaya dalam perdagangan elektronik.
Program Akademi E-dagang 11street terbuka kepada semua perusahaan kecil dan sederhana (SMEs), pemilik perniagaan, peniaga individu dan usahawan pelajar berusia 18 tahun ke atas tanpa sebarang yuran dikenakan dan tertakluk pada 100 peserta dalam satu kumpulan setiap bulan.
Peserta diwajibkan untuk menghadiri 5 kelas bagi melengkapkan keseluruhan kursus dalam tempoh 4 minggu. Bagi menamatkan kursus dengan pensijilan, peserta diwajibkan untuk lulus ujian kelayakan, menyiapkan tugasan yang diberikan dengan kehadiran kelas minimum yang ditetapkan.
Program pensijilan ini dibuka untuk pendaftaran bermula dari 16 Mei 2016 bagi pendaftar terawal, dimana calon-calon yang disenarai pendek akan dimaklumkan melalui emel.