Buat Apa Simpan? Google Play Cadangkan Anda Uninstall Aplikasi Yang Tak Digunakan

3.1Nak install aplikasi baru, tapi storage tak muat pulak?! Kemungkinan besar korang jenis macam editor juga, banyak guna aplikasi dan ada sesetengahnya guna dua tiga kali je lepas tu memang tak guna. Lambakan aplikasi sebegitu menyebabkan ruang storan peranti menjadi terhad bila korang nak install aplikasi atau fail baru.

Untuk mengurangkan masalah itu, Google telah menawarkan satu fungsi peringatan untuk anda. Apabila Google Play mengesan ruang storan anda tidak muat untuk aplikasi baru, ia akan memaparkan satu notifikasi yang menyenaraikan aplikasi-aplikasi yang tidak digunakan secara aktif, dari situ anda boleh memilih aplikasi yang anda mahu uninstall, lantas menambah ruangan stor peranti anda.

You might also like