Wang Habis Di ‘Scam’ Ketika COD – Apa Yang Perlu Anda lakukan?

Pasti ramai yang pernah membeli barangan secara Cash On Delivery (COD). Namun sedar atau tidak, anda sebenarnya terdedah dengan penipuan yang mampu menyebabkan anda kerugian ribuan ringgit.

Anda perlu lebih berhati-hati dengan modus operandi penipuan ini khususnya yang melibatkan transaksi menerusi kad kredit. Kita tidak mahu anda menyesal tidak sudah apabila wang di dalam akaun anda sedang dikeluarkan sedikit demi sedikit. Pada waktu itu, nasi sudah menjadi bubur.

Seperti yang berlaku pada salah seorang pengguna di Facebook bahawa beliau telah di ”scam’ ketika membeli telefon. Beliau telah menyerahkan kad kreditnya kepada penipu tersebut untuk membayar telefon yang dibeli. Beliau yakin untuk memberikan kad tersebut apabila melihat penipu tersebut dengan yakin meninggalkan kotak iPhone yang masih berplastik dan kad kreditnya.

Selepas beberapa minit, penipu tersebut menefon untuk meminta nombor pin untuk menyelesaikan pembayaran tersebut. Kemudian, beliau telah menerima notifikasi bahawa penipu tersebut sedang melakukan transaksi pengeluaran beberapa kali.

Justeru bagaimana anda boleh mengelakkan daripada tertipu? Ini yang anda boleh lakukan!

  1. Jangan menyerahkan kad kredit anda dan no pin kepada orang yang tidak dikenali. Orang yang anda kenali juga perlu berwaspada.
  2. Pastikan anda mengkaji terlebih dahulu siapa yang anda berurus niaga sekiranya anda melakukan Cash On Delivery.
  3. Tetapkan had pengeluaran bagi kad anda agar ia dapat melindungi wang di dalamnya.
  4. Pastikan anda terus menghubungi talian hotline bank anda untuk menyekat kad anda.

Berikut adalah talian yang boleh dihubungi sekiranya berlaku masalah perbankan:

  • CIMB – 03 6204 7788
  • Bank Islam – 03 2088 8000
  • Maybank – 1-300 88 6688
  • Bank Muamalat – 1300-88-8787
  • Affin Bank – 1 800 88 3883
  • Alliance Bank – 03-5516 9988
  • AmBank – 03-2178 8888
  • RHB Bank – 03-9206 8118
  • Public Bank – 1-800-22-5555
  • Hong Leong Bank – 03-7626 8899

_______________________________

Artikel Berkaitan:

You might also like