
Opps! OPPO ada smartphone baru lagi? Biar betul? Eh…memang betul pun. Okay dengar ni! Nampak gayanya OPPO kini menambah satu lagi pewaris baru yang lebih berstyle iaitu OPPO A9 2020. Wah dengar nama model je pun, dah teruja kan? Uish, apa agaknya yang best? Nak tahu, kena la cuba dulu. Tak cuba tak tahu kan? Okay, jom kita tengok :
—————— SPESIFIKASI RINGKAS OPPO A9 2020 ———————


[ REKA BENTUK TRENDY ]
Korang yang suka bergaya tu, memang wajib lah kena ada OPPO A9 2020 sebagai partner. Barulah style gila! Memang lawa reka bentuk smartphone ni – part skrin yang paling menarik sebabnya memang luas, lebar dan penuh. Puas mata memandang tanpa gangguan! OPPO A9 2020 mempunyai ciri skrin 6.5 inci bersajikan rekaan bezel nipis dan takuk sebesar titisan air – 31.4% lebih kecil berbanding dengan generasi sebelum ini.
[ PERLINDUNGAN LEBIH KUAT ]
OPPO A9 2020 juga dilitupi Corning Gorilla Glass 3+ di mana dikatakan dua kali lebih kuat berbanding generasi sebelum. Fungsi menarik lain termasukan paparan dilengkapi teknologi Sunlight Screen – fungsi di mana meningkatkan kontras secara automatik sekaligus menjadikan skrin lebih mudah dilihat secara langsung di bawah matahari. Selain itu, ia turut menyertakan teknologi Blue Shield bagi melegakan keletihan mata dan melindungi penglihatan pengguna dengan menapis cahaya biru.

[ KAMERA HEBAT ]
Apa yang membuat smartphone ini istimewa ialah KAMERA. Kalau korang perasan, memang highlight OPPO A9 2020 adalah pada tetapan empat kamera utama – gabungan lensa 48MP (Utama) + 8MP (Ultra Wide Angle) + 2MP (Portrait) + 2MP (Mono). Senang kata, memang perfect dan memudahkan korang yang ingin mengambil gambar lawa untuk pelbagai senario persis seorang profesional!

Baik, kita mula dengan kamera utama – 48MP. Foto yang terhasil daripada lensa ini nampaknya menarik dimana lensa peranti ini dilihat berjaya meningkatkan kejelasan imej dengan resolusi yang baik – sekaligus menangkap gambar lebih terperinci dan jelas. Seterusnya, kita beralih pada lens wide angle – 8MP. Lens ini menawarkan sudut pandangan sehingga 119 darjah – memudahkan untuk menangkap tembakan lebih besar sekaligus memuatkan lebih banyak kandungan dalam satu shoot.
Berterima kasih juga kepada Mono Lens dan Potret Lens – membolehkan pengguna merakam gambar potrait dengan kandungan yang berkualiti tinggi dengan kreatif bersama effect ala-ala retro. Untuk bahagian video, ia dilihat mampu merakam dengan jelas dan bagus. Tidak ketinggalan, auto focus juga mampu melakukan kerja dengan baik sekaligus korang tidak akan kehilangan subjek yang menjadi sasaran utama.
[ PERISIAN DALAMAN BAIK ]
Enjin dalaman peranti menggunakan pemproses Snapdragon 665. Pemproses ini menggunakan rekaan cip lapan teras dengan dua kluster berbeza menerusi 4 x Cortex-A73 dan 4 x Cortex-A53. LPDDR 4x memori dwi-saluran mempunyai 100% prestasi puncak lebih baik dan 50% peningkatan kecekapan tenaga berbanding LPDDR 3.
Simpanan berasaskan UFS 2.1 pula mempunyai prestasi bacaan berterusan yang telah meningkat sebanyak 61% berbanding EMMC 5.1. GPU juga dipertingkatkan kepada Adreno 610 dan DSP telah dinaiktaraf ke Hexagon 686 – sekaligus memberi prestasi yang lebih baik. Memori pula disertakan dengan 8GB RAM + 128GB ROM bersama slot tiga kad (Dual Sim + MicroSD) yang menyokong sehingga 256GB.
Seterusnya, dengan sokongan tambahan seperti Game Boost 2.0 – ia menawarkan kadar bingkai (frame rate) yang lebih baik dan konsisten bagi memberikan pengalaman permainan mudah alih lebih responsif. Proses pengaliran haba juga agak minima, meskipun peranti dimainkan untuk masa yang lama.
[ BATERI SUPER DUPER BESAR ]
Untuk bateri, OPPO A9 2020 didatangkan dengan sokongan bateri yang super duper besar iaitu 5,000 mAh – dengan kapasiti bateri yang super duper besar ini pastinya memberikan korang keseronokan yang lebih kencang tanpa pening memikirkan soal bateri. Lebih menarik, ketahanan bateri ini mampu bertahan mencecah 19 jam untuk penggunaan mudah alih.

[PENGALAMAN AUDIO LEBIH BOOM]
OPPO A9 2020 dibekalkan dengan dual speaker stereo – dilihat menawarkan kualiti bunyi yang baik dan tidak pecah meskipun dimainkan pada tahap yang kuat. Lebih dwi speaker ini dimuatkan dengan teknologi Dolby Atmos – mampu mencapai pengalaman bunyi, video dan permainan lebih jelas dengan bunyi sekeliling lebih mendalam.
[BERMINAT NAK BELI?…]
Bagi yang berminat, OPPO A9 2020 ditawarkan pada harga RM1,199 dan sesi pra-tempahan kini telah pun dibuka sehingga 27 September 2019. Lebih menarik, setiap pra-tempahan didatangkan dengan hadiah menarik bernilai sehingga RM258. Jangan lupa dapatkan sekarang uolls! Nak lagi best, check out promosi menarik di Lazada, Shopee & Senheng / SenQ. Happy shopping gais!


















