Celcom, Hong Leong Jalin Kerjasama Perkenal Terminal SafePay

Celcom Axiata Bhd (Celcom) menjalin kerjasama strategik dengan Hong Leong Berhad (HLB) bagi memperkenalkan SafePay iaitu sebuah terminal Point of Sales mudah alih (mPOS) bagi perniagaan.

Kaedah pembayaran elektronik pada kadar mampu milik dan selamat itu dihasilkan selepas mengkaji kemajuan ekosistem e-pembayaran dan perkembangan transaksi tanpa tunai di Malaysia.

Difahamkan, caranya mudah sahaja iaitu pemilik perniagaan hanya memerlukan telefon mudah alih  yang dipadankan dengan mPOS Celcom SafePay melalui bluetooth dan aplikasi khas dalam peranti mereka bagi melakukan transaksi kad kredit dan debit pada bila-bila masa sahaja.

Dalam pada itu, mPOS Celcom SafePay juga dikatakan sesuai untuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS) kerana ia menawarkan kadar diskaun peniaga (MDR) yang rendah pada 0.5 peratus untuk kad debit dan 1.5 peratus bagi kad kredit.

Baca juga : 

Untuk maklumat lanjut berkenaan Celcom SafePay, sila layari laman rasmi Celcom atau emel kepada support@celcom.com.my 

You might also like