Akhirnya! Kelajuan Teras Cip Pemprosesan Kirin 980 Terbongkar

Baru-baru ini, Huawei telah pun memperkenalkan cip pemprosesan terbaru mereka daripada keluarga Kirin, iaitu Kirin 980 pada IFA 2018.

Difahamkan, cip pemproses itu hadir dengan dengan lapan teras yang dibahagikan kepada tiga teras berkonfigurasi 2+2+4. Turut melengkapinya adalah dwi-NPU khusus untuk tugasan kecerdasan buatan dilaksanakan secara pantas.

Peranti pintar pertama yang bakal menggunakan Kirin 980 adalah Huawei Mate 20 yang bakal dilancarkan pada oktober depan.

Lebih menarik, kelajuan tri-kluster teras cip ini akhirnya terbongkar juga. Di mana, dua teras Cortex A76 berfungsi pada kelajuan 2.6 GHz. Manakala, dua lagi teras Cortex A76 berfungsi pada kelajuan 1.92 GHz dan empat teras Cortex A55 pula pada kelajuan 1.8 GHz.

Kirin 980 juga merupakan cip pemproses berteknologi tinggi yang pertama di dunia terbina berasaskan 7nm dan ia dikatakan 120% lebih berkuasa berbanding cip Kirin 970.

Baca juga :

You might also like