
Rasmi! Huawei Siri Mate 20 Bakal Dilancarkan Pada 16 Oktober 2018
Seiring dengan pengenalan cip pemproses Kirin 980 berkuasa pada acara IFA 2018, Huawei turut mengumumkan tarikh rasmi pelancaran bagi siri Mate 20 akan diadakan pada 16 Oktober 2018 bertempat di London, England.
Walaupun sebelum itu terdapat banyak khabar angin mengenai siri Mate 20, tetapi masih tidak dapat menerima sebarang pengesahan dari Huawei. Apa yang pasti adalah siri Mate 20 akan merangkumi tiga varian berbeza iaitu Mate 20, Mate 20 Pro dan Mate 20 Lite.
Seperti yang diketahui, Mate 20 dan Mate 20 Pro akan menggunakan cip pemproses paling berkuasa iaitu Kirin 980, manakala Mate 20 Lite akan menggunakan cip pemproses Kirin 710. Apa-apa pun kita nantikan hari perasmian pada 16 Oktober 2018 kelak, mungkin dalam sebulan ini akan ada banyak spesifikasi tertiris lagi.
Baca Juga: IFA 2018: Huawei P20 Pro Hadir Dengan Kemasan Kulit Edisi Terhad