Huawei Mate 10 Skor 97 Markah Untuk DxOMark – Meninggalkan iPhone 8 Dan Galaxy Note8

Kehebatan kamera Leica tidak dapat disangkal lagi, tambahan pula teknologi ini telah dimuatkan ke dalam tiga peranti induk Huawei iaitu Mate 10, Mate 10 Pro, dan Mate 10 Porsche Design. Kesemuanya menggunakan konfigurasi kamera yang sama.

DxOMark yang sering menjadi platfom untuk menguji kehebatan lensa kamera kali mengemas kini carta kedudukan mereka dengan meletakkan Huawei Mate 10 di tempat kedua selepas Google Pixel 2. Skor keseluruhan Huawei Mate 10 mendapat sebanyak 97 lantas meninggalkan iPhone 8 dan Galaxy Note8 di tempat ketiga dan keempat.

Ini membuktikan kamera Huawei Mate 10 sangat cemerlang dalam melaksanakan pelbagai tugasan penggambaran. Gabungan dwi-lensa Leica 20 Megapiksel monochrome dan 12 Megapiksel RGB dan OIS turut membawakan aperture f/1.6, terbesar pernah digunakan pada telefon pintar.

Bukan itu sahaja, pemprosesan imej dwi-ISP daripada set cip Kirin 970 nampaknya banyak membantu menghasilkan gambar dengan lebih terperinci.

Huawei Mate 10 dijangka akan mula berada di pasaran Malaysia bulan hadapan dengan tanda harga RM2,699. Warna-warna yang dibawa masuk pula ialah Mocha Brown dan Black.

You might also like