Acer XR382CQK – Monitor 37.5” 21:9 UltraWide QHD+ Berharga RM4,999

Paparan visual adalah salah satu faktor yang penting untuk dititik beratkan, mana tidaknya jika CPU sudah dibeli dengan harga mencecah lima angka Ringgit Malaysia, ia sepatutnya dipadankan dengan monitor yang jauh lebih baik.

Dalam pelancaran produk terbaru Acer baru-baru ini, mereka telah memperkenalkan Acer XR382CQK sebuah monitor yang hadir dengan skrin melengkung UltraWide bersaiz 37.5 inci dengan nisbah 21:9. Paparan ini dapat menghasilkan resolusi setinggi 3840 x 1600p QHD+ menerusi bingkai yang sangat nipis.

Antara ciri menarik yang diintegrasikan bersama ialah Picture-by-picture (PBP) dan Picture-in-picture (PIP) membolehkan pengguna melihat dua paparan yang berbeza dalam satu-satu masa. Melalui fungsi AMD Adaptive-Sync, monitor ini akan menyeragamkan kad grafik untuk kelancaran dalam bermain game atau menonton video.

Edmund Hoh, Pengurus Produk (Monitor) Acer Malaysia menunjukkan saiz XR382CQK

Acer XR382CQK didatangkan dengan pelaras 6-paksi dan 100% sRGB untuk gamut warna. Ia sekaligus memberikan warna yang tepat dan nyata semasa melakukan kerja suntingan gambar mahupun video. Monitor ini dikuasakan dengan 7W dwi-speaker DTS Sound bertujuan memberikan pengalaman hiburan yang lebih imersif kepada pengguna.

Acer juga mementingkan penjagaan mata, dengan adanya penapis BlueLightShield dan Flicker-less, ia akan mengurangkan sinaran biru pada mata malah akan mencegah daripada keletihan dan penat.

Monitor Acer XR382CQK ditawarkan pada harga RM4,999 dan akan berada di pasaran tempatan tidak lama lagi.

You might also like