- Iklan -

Hotlink Postpaid Flex, Pelan Pertama Gabungan Ciri-Ciri Prabayar & Pascabayar

Berikutan pelancaran Hotlink RED bulan lepas, Hotlink sekali lagi melancarkan pelan terbaru mereka yang sangat menarik. Hotlink Postpaid Flex merupakan pelan pascabayar pertama seumpamanya di pasaran tempatan, menawarkan kelebihan prabayar dan pascabayar dalam satu pelan.

Bermula dari RM30 sebulan, dengan panggilan & SMS tanpa had ke semua rangkaian dan data berkelajuan tinggi sebanyak 1GB, Hotlink Postpaid Flex memberi pelanggan lebih banyak pilihan dan fleksibiliti untuk mencip dan menaik taraf sendiri pelan Internet mereka berdasarkan apa yang mereka inginkan, termasuk pelbagai pas Internet dan aplikasi tanpa had.

(Dari Kiri) Navin Manian, Maxis’ Head of Prepaid dan Tai Kam Leong, Maxis’ Head of Brand and Partnerships

Pelanggan yang berminat, boleh mendaftar di peniaga Hotlink terpilih, serta semua kedai Maxis dan Rakan Eksklusif Maxis di seluruh Negara mulai hari ini.

Ciri-ciri Pelan Hotlink Postpaid Flex
  • Cara paling mudah untuk memiliki pelan pascabayar mulai dari RM30
  • Penggilan & SMS tanpa had ke semua rangkaian dan data berkelajuan tinggi sebanyak 1GB
  • Fleksibiliti untuk mencipta dan menaik taraf pelan Internet anda pada bila-bila masa bergantung pada penggunaan anda
  • Nikmati aplikasi sosial, chat dan muzik tanpa had – serendah RM5
  • Pengalaman Internet berkelajuan tinggi di rangkaian 4G No. 1

 

 

You might also like