OPPO Buka Kedai Konsep Futuristik Di Shanghai

OPPO hari ini secara rasminya membuka pintu kedai konsep mereka kepada para pengunjung di Shanghai, China. Stor dengan konsep futuristik ini menyediakan ruang pameran yang lebih santai dan mesra selaras dengan jenama OPPO yang semakin kukuh.

Alen selaku Naib Pengerusi OPPO menyatakan tujuan kedai induk ini dibuka adalah untuk menjadi saluran mudah kepada pelanggan berkomunikasi. Selain itu, idea yang mendorong kedai ini dibuka ialah OPPO ingin meningkatkan pengalaman pelanggan membeli produk-produk yang dijual, pada masa sama memasarkan jenama OPPO itu sendiri.

Sebaik melangkah masuk ke kedai ini, para pengunjung boleh melihat arca ikan paus yang tergantung atau mengambil gambar di zon khusus yang dilengkapi enam bar pemancar cahaya lembut dari semua sudut. Untuk istirahat pula, beberapa tempat duduk jumbo seakan batu sungai turut menghiasi ruang legar.

Pengunjung juga boleh melihat dan meneroka produk-produk yang dipamerkan di atas meja kayu di samping tempat duduk yang disediakan. Bagi keselesaan pelanggan, kakitangan kedai hanya akan memberi perkhidmatan hanya jika diperlukan untuk mengurangkan ‘tekanan membeli’ kepada pelanggan.

Pada pendapat kami, dengan pembukaan kedai sebegini tidak mustahil di masa akan datang Malaysia menjadi lokasi seterusnya.

You might also like