Nokia 3310 Akan Dipasarkan Dengan Sokongan 4G

Hampir keseluruhan pengguna di dunia kini menggunakan liputan 4G untuk berkomunikasi atau melayari internet. Sejak era liputan 2G meninggalkan kita, kebanyakan pengeluar kini menghasilkan telefon pintar yang serba canggih, tetapi ada segelintir pengeluar sahaja yang masih menghasilkan telefon asas tidak lain dan tidak bukan, Nokia.

HMD Global dikhabarkan akan mengeluarkan model ikonik mereka iaitu Nokia 3310 dalam versi 4G tidak lama lagi. Berdasarkan maklumat dari TENAA, peranti ini akan mula dipasarkan ke beberapa negara terutamanya China bermula tahun hadapan.

Dari segi rupa luaran, ia masih lagi mengekalkan rupa asal 3310 versi 3G bagaimanapun, hanya bahagian dalaman telah ditukar dengan menggunakan sistem operasi berasaskan Android serta antena yang menyokong liputan 4G.

Setakat ini, HMD Global masih belum membuka mulut mengenainya apapun kita tunggu pengumuman selanjutnya oleh mereka

https://ering.com.my/2017/08/reviu-eksklusif-nokia-3310-dual-sim-kemunculan-semula-lagenda/

Sumber

You might also like