
HUAWEI kini mengemaskini barisan komputer riba keluaran mereka dengan memperkenalkan HUAWEI Matebook D15 untuk pasaran tempatan. Disertakan dengan pelbagai kemasan teknologi terkini, HUAWEI Matebook D15 ditawarkan pada harga RM2,499 dan boleh didapati bermula 18 Januari 2020.

HUAWEI Matebook D15 dibina dengan paparan bersaiz 15.6″ bersama nisbah skrin sebanyak 87%. Untuk dalaman, HUAWEI Matebook D15 dijana oleh cip AMD Ryzen 5 3500U dengan paduan sokongan GPU AMD Radeon Vega 8. Selain itu, ia turut dibekalkan dengan sistem penyejukan yang baik bagi pengalaman penggunaan terbaik.

Untuk memori, ia dibekalkan dengan memori 8GB RAM + 256GB SSD serta 1TB HDD. Tidak ketinggalab, HUAWEI Matebook D15 juga mengintegrasikan teknologi “multi-screen” dengan fungsi penghantaran satu sentuhan yang menjadikannya mudah untuk mencapai interaksi antara komputer dan telefon bimbit.

