
Pada ketika ini, pelbagai jenama telefon berlumba-lumba untuk menghasilkan peranti pintar yang mampu memberikan kepuasan ketika bermain game kepada pengguna. Black Shark pun tidak terkecuali menghasilkan peranti gaming terbaik iaitu Black Shark 2 Pro. Tapi bagus sangat ker? Atau hanya gimik dan propa semata-mata? Jom kita tengok!

Spesifikasi Ringkas
Sebelum kita tengok dan kaji dengan lebih mendalam, nah spesifikasi ringkas Black Shark 2 Pro!

⚡ 6.39″ AMOLED
⚡ Qualcomm Snapdragon 855+
⚡ Adreno 640
⚡ 12GB RAM + 256GB ROM
⚡ Kamera Belakang: 48MP + 12MP
⚡ Kamera Hadapan: 20MP
⚡ 4000mAh(Quick Charge 3.0)
⚡ Harga: Bermula dari RM2499
Reka Bentuk Futuristik
Sekali pandang boleh buat korang tidak memalingkan pandangan korang. Memang lain daripada yang lain. Di insipirasikan oleh kereta lumba F1 pasti memberikan nafas baharu dari segi rekaan. Kualiti yang terbina juga sangat premium!

Logo Black Shark di bahagian belakang menambahkan lagi nilai eksklusif pada peranti ini. Ia turut ditampilkan dengan “Shark Eyes” RGB yang mana ia tampil dengan 2 garisan cahaya yang memberikan ketujaan ketika bermain game!
Tak puas tengok lagi? Nah rupa paras secara keseluruhan:
Paparan Luas Memang Syiok!
Nak main game puas-puas kena la ada skrin yang betul-betul dapat memaparkan kualiti yang terbaik. Black Shark 2 pro ini tampil dengan skrin memukau iaitu 6.39” Samsung AMOLED. Nak tahu apa yang membuatkan ia hebat? Peranti ini disertakan dengan teknologi TrueView Display yang mengoptimumkan kesan visual dan memberikan kualiti warna yang sangat cantik.

Lagi menarik apabila ia dihadirkan dengan independent DSP’s image processing power yang memberikan kadar kecerahan pada paparan serendah 2 nits. Jadi mata anda akan lebih selesa ketika menonton!

Spesifikasi Dalaman Yang Gergasi!!!
Seperti yang diketahui, Black Shark 2 Pro ini tampil dengan pemproses yang sangat berkuasa Snapdragon 855+ dan dipadankan dengan RAM sebesar 12GB dan ROM sebesar 256GB membuat ia diprestasi terbaik. Dengan kepantasan sehingga 2.96GHz CPU clock membuatkan Ia tampak unggul dalam memberikan grafik terbaik ketika bermain game. Memang syiok!
Jadi nak tahu jugak hebat ke tak spesifikasi dalaman Black Shark 2 pro ini, kami menguji peranti ini menggunakan AnTuTu Benchmark dan GeekBench 5. Hasil daripada ke dua-dua ujian ini menunjukkan ia berada dalam keadaan yang sangat baik dan diprestasi terbaik khususnya ketika bermain game!
AnTuTu Benchmark

GeekBench 5

Main Game Memang Terbaik!
Paparan dan spesifikasi dalaman memang terbaik dah untuk buat main game. Tapi apa ciri tambahan yang membuatkan pengalaman bermain game di tahap maksima. Kalau korang nak tau, menggunakan Black Shark 2 pro ini, korang boleh memantau prestasi telefon, menyekat notifikasi ketika bermain game dan macam-macam lagi tanpa perlu keluar daripada game tersebut.
Tampil dengan Game Dock 4.0 yang menyatakan maklumat yang dikehendaki seperti framerate, suhu dan pelbagai lagi.
Kawalan ketika bermain pun sangat baik dan smooth apabila dihadirkan dengan Master Touch yang memudahkan anda untuk mengawal ketika bermain game!

Sistem penyejukkan juga berjalan dengan sangat baik khususnya ketika bermain game pada waktu yang lama. Ia disebabkan oleh kombinasi teknologi liquid cooling yang mana ia tampil dengan micro-welding process, liquid-cooled heat plate dan liquid-cooled heat pipe.
Tak Percaya lagi? Nah kami kasi rakaman bermain game menggunakan Black Shark2 Pro ini!
Bateri Berdesup Kencang!
Nak main game dengan best, jadi bateri pun kena la best. Kepantasan mengecas amat penting sebab kita mahu terus bermain game tanpa perlu menunggu lama bateri di cas penuh. Jadi kami uji kepantasan mengecas peranti ini.

Kami mula mengecas peranti ini ketika ia berada pada paras 27% iaitu pada jam 9.20.
Ia di cas 100% pada jam 10.27 pagi. Mengambil masa hanya selaman 1 jam 7 minit. Wow!!! Pantas gak!
Kamera Pun Perform!!
Sungguhpun ia merupakan peranti yang memberiki fokus pada gaming, tetapi hasil gambar daripada kamera belakang (48MP + 12MP) dan kamera hadapan (20MP) memberikan hasil gambar yang sangat baik. Tak percaya? Tengok sendiri!
Apa Kata Editor
Secara keseluruhannya, Black Shark 2 Pro ini adalah angat baik khsususnya dari segi rekaan dan prestasinya ketika bermain game. Kaki game pasti sangat berpuas hati ketika bermain game menggunakan peranti ini. Kamera juga not bad! Jadi memang excited kalau karang main game menggunakan Black Shark 2 Pro ini!!
______________________
Artikel Berkaitan:

























