
Kita baru sahaja memasuki tahun 2020 dan 2019 masih lagi dalam ingatan kita. Justeru, kami nak ‘throwback’ sedikit peranti flagship terbaik untuk tahun 2019!! Yang mana satu menjadi idaman korang???

iPhone 11 Pro Max
Jenama peranti Apple pastinya terkenal dengan penghasilkan peranti flagship terbaik. Sentiasa memberikan yang terbaik kepada pengguna. Bagi iPhone 11 pro ini, ia tampil dengan sedikit kelainan dari segi rekaan khususnya dari susunan kamera yang membuatkan ramai yang terkejut. Spesifikasi dalaman peranti ini pastinya tidak mengecewakan apabila tampil dengan spesifikasi yang menakjubkan.

⚡ 6.5 Super Retina XDR display
⚡ A13 Bionic chip
⚡ 6GB RAM
⚡ ROM: 64GB /256GB/512GB
⚡ Kamera Belakang: 12MP + 12MP + 12MP
⚡ Kamera Hadapan:
⚡ 3500mAh (18W Super Fast Charge)
⚡ Gold, Space Grey, Silver & Midnight Green
⚡ Harga: Bermula Dari RM5299
HUAWEI Mate 30 Pro
Peranti yang seringkali diperkatakan pada tahun 2019, HUAWEI Mate 30 Pro pastinya meninggalkan impak yang besar dalam dunia gajet. Abaikan segala desas-desus yang melanda, tetapi kita lihat keupayaan peranti ini tidak dapat dinafikan antara yang terbaik dipasaran. Rekaan yang begitu seksi khusus di bahagian kamera dan spesifikasi dalaman yang sangat baik membuatkan ia berbaloi untuk dimiliki!

🔥 6.53 OLED
🔥 HUAWEI Kirin 990
🔥 8GB RAM
🔥 256GB ROM
🔥 Kamera Belakang: 40MP + 40MP + 8MP + 3D Depth Sensing Camera
🔥 Kamera Hadapan: 32MP
🔥 4,500 mAh (HUAWEI SuperCharge 40W)
🔥 Space Silver & Black
🔥 Harga: Bermula dari RM3899
Samsung Galaxy Note 10+
Satu lagi pesaing kepada jenama Apple, Samsung yang pastinya tidak mahu kalah dalam menyajikan peranti terbaik kepada pengguna. Jadi dengan keupayaan Samsung Galaxy Note 10+ ini membuatkan korang terkesima dengan kehebatan daripada segi dalamannya. Itu belum kita perkatakan lagi tentang reka bentuk yang rare peranti ini!! Terliur ooo!

🔆 6.8″ Dynamic AMOLED
🔆 Exynos 9825
🔆 12GB RAM
🔆 256GB / 512GB ROM
🔆 Kamera Belakang: 12MP + 12MP + 16MP + 3D ToF
🔆 Kamera Hadapan: 10MP
🔆 4300mAh (45W Super Fast Charge
🔆 Aura Black, Aura White & Aura Glow
🔆 Harga: Bermula dari RM4199
HUAWEI P30 Pro
1 lagi peranti dari HUAWEI yang mendapat tempat dalam 10 telefon flagship terbaik adalah HUAWEI P30 Pro. Terkenal dengan keupayaan kameranya yang mampu Zoom dengan sangat jauh dan kualiti yang nyata memukau membuatkan ia berbaloi untuk korang beli. Ditambah dengan kehebatan spesifikasi dalaman yang boleh membuatkan korang tak senang duduk untuk memilikinya!
⭐ 6.47 OLED
⭐ HUAWEI Kirin 980
⭐ 8GB RAM
⭐ 256GB / 512GB ROM
⭐ Kamera Belakang: 40MP + 20MP + 8MP + 3D ToF
⭐ Kamera Hadapan: 32MP
⭐ 4200mAh (HUAWEI Super Charge 40W)
⭐ Mystic Blue, Misty Lavender, Amber Sunrise, Breathing Crystal, & AuroraBlack
⭐ Harga: Bermula dari RM2999
Samsung Galaxy S10+
Seperti berlumba-lumba Samsung dan HUAWEI ini dalam menghasilkan peranti Flagship terbaik. 1 lagi peranti Samsung yang berada di dalam senarai ini adalam Samsung Galaxy S10+. Peranti ini korang mesti dah boleh agak dah akan berada dalam peranti flagship terbaik 2019 kerana keupayaan yang tidak dapat disangkal lagi. Sangat power!!! Tak boleh nak cakap apa dah!

🌈 6.4″ QHD+
🌈 Exynos 9820
🌈 8GB RAM
🌈 128GB / 512GB ROM
🌈 Kamera Belakang: 12MP + 16MP + 12MP
🌈 Kamera Hadapan: 10MP + 8MP
🌈 4100mAh (Pengecasan Pantas 18W
🌈 Prism White, Prism Black, Prism Green, Ceramic Black & Ceramic White
🌈 Harga: Bermula dari RM3699
ROG Phone II
Wah jenama peranti gaming yang terbaik, ASUS ROG Phone II turut tersenarai dalam peranti flagship terbaik bagi tahun 2019!!! Keupayaan gaming yang tiada bandingan ditambah dengan keupayaan dalaman peranti ini membuatkan ia layak berada sebaris dengan peranti flagship yang lain. Kamera peranti ini pun sangat cantik tau!!!

⚡ 6.59″ AMOLED
⚡ Qualcomm Snapdragon 855 Plus
⚡ Qualcomm Adreno 640
⚡ 12GB RAM + ROM sehingga 1TB
⚡ Kamera Belakang: 48MP + 13MP
⚡ Kamera Hadapan: 24MP
⚡ 6000mAh(Quick Charge 4.0)
⚡ Harga: Bermula dari RM3499
OnePlus 7T Pro
Pasti ramai yang teruja apabila peranti OnePlus 7T Pro turut tersenarai sebagai peranti Flagship terbaik bagi tahun 2019. Rekaan yang sangat seksi membuatkan korang akan terliur kalau melihatnya. Kualiti kameranya yang dipaparkan sangat baik. Spesifikasi dalaman juga memang terbaik!!

🔥 6.67″ QHD+
🔥 Qualcomm Snapdragon 855
🔥 Adreno 640
🔥 6GB / 8GB / 12GB RAM + 128GB / 256GB ROM
🔥 Kamera Belakang: 48MP + 8MP + 16MP
🔥 Kamera Hadapan: 16MP
🔥 4,000 mAh (pengecasan pantas Warp Charge 30W)
🔥 Harga: Bermula dari RM2999
Black Shark 2 Pro
1 lagi peranti gaming yang berjaya mencuri slot dalam senarai ini adalah Black Shark 2 Pro. Rekaan yang sangat futuristik ditambah dengan keupayaan dalaman yang mengagumkan pasti berbaloi untuk dilimiki. Nak main game pastinya membuatkan ia berbaloi untuk dimiliki!

🔆 6.39″ AMOLED
🔆 Qualcomm Snapdragon 855+
🔆 Adreno 640
🔆 8GB/12GB RAM + 128GB/256GB ROM
🔆 Kamera Belakang: 48MP + 12MP
🔆 Kamera Hadapan: 20MP
🔆 4000mAh(Quick Charge 3.0)
🔆 Harga: Bermula dari RM2499
Google Pixel 4XL
Peranti dari Google pun tak nak kalah tau guys apabila berjaya meloloskan perantinya di dalam senarai ini. Peranti ini sememangnya hebat dari segi kamera dan keuapayaan dalaman yang memukau. Cuma baterinya sedikit kecil berbanding peranti yang lain.
![]()
⭐ 6.3″ QHD+
⭐ Qualcomm Snapdragon 855
⭐ 6GB RAM
⭐ 64GB / 128GB ROM
⭐ Kamera Belakang: 12MP + 16MP
⭐ Kamera Hadapan: 12MP
⭐ 3700mAh
⭐ Harga Bermula dari RM3999
HONOR View20
Peranti dariapada HONOR ini melengkapi senarai peranti Flagship terbaik bagi tahun 2019. HONOR View20 menampilkan rupa yang menawan, malah dilengkapi pelbagai ciri hebat yang mampu mengubah dunia telefon pintar.

🌈 6.4″ FHD+
🌈 HUAWEI Kirin 980
🌈 6GB / 8GB RAM
🌈 128GB / 256GB ROM
🌈 Kamera Belakang: 48MP + 3D ToF
🌈 Kamera Hadapan: 25MP
🌈 4000mAh (SuperCharge 22.5W)
🌈 Saphire Blue, Phantom Blue & Midnight Black
🌈 Harga: Bermula dari RM1499
Tak boleh nak cakap apa dah, tahun 2019 memperlihatkan tahun kemunculan peranti flagship yang terbaik dari pelbagai aspek. Tidak sabar rasanya untuk melihat apa yang ditawarkan pada tahun 2020!!!
_______________________
Artikel Berkaitan:
- Membazirkah Berhabisan Ribuan Ringgit Membeli iPhone 11 Pro Max?
- Reviu Eksklusif: Bedah Siasat Kehebatan Lensa Kamera HUAWEI Mate 30 Pro!! Power Sangat Ke?
- Reviu Eksklusif: Samsung Galaxy Note 10+ Peranti ‘Raksasa’ Yang Versatil!!
- Reviu Eksklusif : HUAWEI P30 Pro, Peranti Dengan Penawaran Luar Biasa Dan Padat!
- Reviu Eksklusif: Bedah Siasat Kehebatan ASUS ROG Phone II, Power Ke?

