
Tarikh Jualan Peranti Termahal Dari Xiaomi Iaitu Mi MIX Alpha Ditunda!!
Seperti yang diketahui Xiaomi Mi MIX Alpha telah pun dilancarkan beberapa bulan dahulu dengan tanda harga RMB19999 (kira-kira 11770).
Sungguhpun sudah beberapa bulan, namun penjualan peranti ini masih belum berlangsung. Menurut satu laporan yang terdedah, peranti tersebut telah ditunda tarikh jualannya.
Namun belum ada lagi tarikh sahih penjualan peranti ini akan berlangsung.
Peranti ini tampil dengan skrin yang dikenali sebagai Surround Display iaitu skrin sekeliling menyeluruh iaitu 360 darjah. Dari aspek spesifikasi dalaman pula ia tampil dengan Snapdragon 855 Plus dan dipadankan dengan aspek memori 12GB + 512GB. Ia turut dihadirkan dengan kamera 108MP + 20MP + 12MP bagi kamera utama.
______________________________
Artikel Berkaitan:

