Google Mahu Bantuan Dari Anda Untuk Melengkapkan Peta Mereka

google-maps-mobile-smartphone-ss-1920Google, bernilai 500 bilion dolar dan mempunyai ribuan tenaga kerja yang kreatif dan pintar memerlukan bantuan anda semua. Di dalam peta Google, anda pasti perasan bahawa terdapat beberapa tempat yang tidak mempunyai informasi lokasi, contohnya perniagaan yang baru dibuka dan tempat-tempat yang terpencil.3

Oleh itu, kini anda boleh membantu Google untuk mendapatkan informasi berkenaan lokasi-lokasi tersebut dengan menggunkan aplikasi Google Maps pada desktop, Android dan iOS. Anda boleh menambah informasi kepada mana-mana kawasan yang belum ada sebarang butiran, selepas informasi anda menerima sokongan yang cukup dari pengguna lain untuk mengesahkan kesahihannya, informasi tersebut akan digunakan sebagai informasi rasmi lokasi tersebut.

You might also like