Yodoo Kini Membawakan Aksi Strim Tanpa Henti Melalui Usahasama Epik Dengan IQiyi!!

Atasi kebosanan di rumah dengan menonton filem, rancangan kegemaran anda, dan macam-macam lagi! Yoodo telah berganding tenaga dengan iQiyi untuk membawakan pengalaman penstriman dan hiburan terbaik dengan add-
on 20GB baharu iQiyi pada hanya RM1. Yoodo, perkhidmatan mudah alih digital sepenuhnya dan boleh diubahsuai yang pertama di Malaysia akan mengadakan promosi RM1 ini bermula 1 Julai sehingga 30 September 2021.
Selepas tempoh ini, harganya adalah RM7 bagi 20GB yang sama bermula 1 Oktober 2021.

Dalam satu siri pemberian secara ‘siapa cepat dia dapat’, Yoodo akan memberikan 5,000 pas VIP Standard iQiyi International secara percuma bermula dari 1 Julai 2021. Pas VIP Standard iQiyi International tersebut membolehkan para pengguna menikmati pengalaman tontonan tanpa iklan, strim melalui beberapa skrin dan peranti secara serentak, tonton episod seterusnya dengan lebih awal, dan banyak lagi.

Semua pengguna Yoodo boleh menebus dan menikmati pas VIP Standard iQiyi International secara percuma selama sebulan. Manakala bagi pengguna iQiyi yang mula melanggan Yoodo ketika tempoh promosi ini pula akan menikmati manfaat berganda iaitu tambahan RM1 tersebut dan juga dapt menebus satu pas VIP Standard iQiyi International

Antara Ogos 2020 dan Februari 2021, iQiyi dinobatkan sebagai aplikasi penstriman OTT yang paling banyak dimuat turun di App Store dan Play Store, mengikut syarikat tersebut.

Usahasama dengan iQiyi merupakan sebahagian daripada usaha berterusan Yoodo dalam membawakan tambahan hiburan, termasuklah Spotify, YouTube, Joox dan banyak lagi. Yoodo juga baru-baru ini telah membawakan kembali promosi 20GB untuk RM20 yang kini boleh dinikmati oleh semua pengguna Yoodo. Untuk maklumat lanjut tentang tawaran ini serta promosi Yoodo yang lain, sila layari: www.yoodo.com.my

You might also like