Top 5 Peranti Gaming Terbaik Bagi Tahun 2019!!

2019 melabuhkan tirai, dan boleh kita lihat pelbagai peranti-peranti telah diperkenalkan. Ketika zaman yang memperlihatkan telefon gaming kian mendapat tempat dalam kalangan pengguna. Justeru, kami senaraikan kepada anda, Top 5 peranti gaming terbaik untuk tahun 2019!

Asus ROG Phone II

Yang mendapat tempat pertama adalah ASUS ROG Phone 2 yang pastinya memperlihatkan kehebatan dari segi rekaan yang futuristik dan spesifikasi dalaman yang terbaik membuatkan ia menjadi peranti gaming terbaik untuk tahun 2019!

⚡ 6.59″ AMOLED
⚡ Qualcomm Snapdragon 855 Plus
⚡ Qualcomm Adreno 640
⚡ 12GB RAM + ROM sehingga 1TB
⚡ Kamera Belakang: 48MP + 13MP
⚡ Kamera Hadapan: 24MP
⚡ 6000mAh(Quick Charge 4.0)
Harga: Bermula dari RM3499

BlackShark 2 Pro

Ditangga kedua pula adalah peranti gaming yang ganas dari segi design dan spesifikasinya iaitu Black Shark 2 Pro. Secara keseluruhannya, prestasi peranti gaming ini memaparkan kuasa dalaman yang sangat baik dan grafik hebat yang memukau. Tidak hairanlah ia berada di kedudukan ke 2!

🔥 6.39″ AMOLED
🔥 Qualcomm Snapdragon 855+
🔥 Adreno 640
🔥 8GB/12GB RAM + 128GB/256GB ROM
🔥 Kamera Belakang: 48MP + 12MP
🔥 Kamera Hadapan: 20MP
🔥 4000mAh(Quick Charge 3.0)
🔥 Harga: Bermula dari RM2499

 

Nubia Red Magic 3S

Ditangga ketiga pula adalah Nubia Red magic 3S yang sangat menawan dari segi rekaan. Bukan itu sahaja, ia turut memaparkan kehebatan ketika bermain game yang sangat luar biasa!

🔆 6.65″ AMOLED FHD+
🔆 Qualcomm Snapdragon 855+
🔆 Adreno 640
🔆 8GB / 12GB RAM + 128GB / 256GB ROM
🔆 Kamera Belakang: 48MP
🔆 Kamera Hadapan: 16MP
🔆 5000mAh(Pengecasan Pantas 18W)
🔆 Harga: Bermula Dari RM2229

 

OnePlus 7 Pro

Peranti yang sangat dinantikan oleh peminat iaitu OnePlus 7 Pro menduduki tangga ke-4. Dihadirkan dengan prestasi yang sangat baik membuatkan ia mempamerkan prestasi gaming yang sangat syiok!!! Rekaan yang eksklusif dengan saiz yang sesuai untuk bermain game membuatkan anda mencapai kepuasan bermain game.

⭐6.67″ QHD+
⭐ Qualcomm Snapdragon 855
⭐ Adreno 640
⭐ 6GB / 8GB / 12GB RAM + 128GB / 256GB ROM
⭐ Kamera Belakang: 48MP + 8MP + 16MP
⭐ Kamera Hadapan: 16MP
⭐ 4,000 mAh (pengecasan pantas Warp Charge 30W)
Harga: Bermula dari RM2999

Razer Phone 2

Ditangga ke-5 pula adalah peranti Razer phone 2. Tampil dengan rekaan yang sangat unik yang mana pastinya mampu menambat hati para pemain game. Spesifikasi peranti ini turut tidak mengecewakan. Harga yang ditawarkan juga pastinya berbaloi untuk anda beli!

🌈 5.72″ IGZO LCD
🌈  Qualcomm Snapdragon 845
🌈  Adreno 630
🌈  8GB RAM + 64GB ROM
🌈  Kamera Belakang: 12MP
🌈  Kamera Hadapan: 8MP
🌈  4000mAh(Qualcomm QuickCharge 4.0+)
🌈  Harga: Bermula dari RM1899

 

Sungguhpun 2019 sudah melabuhkan tirai namun pastinya kita tidak sabar untuk menantikan kehadiran peranti gaming yang bakal muncul pada tahun 2020. Sama-sama kita nantikan!

____________________

Artikel Berkaitan:

 

You might also like