[Ura-Ura] : HONOR 20 Pro Bakal Tampil Dengan Ketersediaan 4 Kamera Utama?!

Siri HONOR 20 dijadualkan diperkenal secara rasmi pada 21 Mei kelak dalam sebuah acara pelancaran yang bakal berlangsung di London. Menjelang pelancaran, berita ketirisan mengenainya mula muncul di media sosial.

Berita kebocoran terbaru mendedahkan HONOR 20 Pro dijangka tampil dengan kemasan warna cerun bersama persediaan quad kamera + LED Flash pada panel belakang. Imej tersebar jelas menunjukkan empat sensor – yang mana satu daripada kanta adalah persegi yang berkemungkinan sensor periscope. Selain itu, ketirisan maklumat juga mendedahkan kamera utama HONOR 20 Pro dikatakan mungkin menggunakan sensor sony IMX600.

Pun begitu, maklumat tertiris masih lagi rumors dan belum diketahui kesahihannya. Segala teka teki bakal terjawab apabila tuan empunya badan sendiri muncul! Sama-sama kita tunggu. Jeng, jeng, jeng…

[SUMBER , SUMBER 1]

You might also like