Ini Ke Reka Bentuk Sebenar Samsung Galaxy Note10 Lite?

Siri Samsung Galaxy S10 Lite dan Note10 Lite dikhabarkan akan diperkenalkan dalam CES 2020 nanti, walaupun banyak ketirisan mengenai kedua-dua model ini namun masih tidak dikenalpasti lagi kebenarannya.

Terkini, gambar reka bentuk sebenar Note10 Lite telah tertiris oleh TchTalkTV melalui Twitter. Menerusi perkongsian gambar tersebut, Galaxy Note10 Lite mempunyai kamera utama berbentuk segi empat di sebelah kiri atas panel belakang. Manakala bahagian depan pula menggunakan skrin bertakuk kecil, yang mana terletak sebuah kamera swafoto.

Buat masa kini masih tidak ada sebarang pengesahan dari pihak Samsung, kita nantikan sahaja acara pelancaran nanti.

 

 

You might also like