
Quick Charge 4.0 Disahkan Sokong Pada POCOPHONE F1
Pengenalan rasmi peranti baharu di bawah jenama Xiaomi, iaitu POCOPHONE F1 telah menerima permintaan tinggi di pasaran tempatan disebabkan penawaran spesifikasi premium tetapi pada harga lebih mampu milik.
Seperti yang diketahui, peranti ini beoperasi di bawah cip pemproses paling berkuasa iaitu Snapdragon 845 dengan sokongan 6GB RAM. Manakala sistem pengecasan pantas Quick Charge 3.0 yang disertakan bersama pembelian ini sebenarnya juga menyokong Quick Charge 4.0, dan kini ia telah disahkan dari pihak POCOPHONE India melalui Twitter rasmi mereka. Peranti yang turut menyokong Quick Charge 4.0 termasuk juga HTC U12+ dan Xiaomi Mi 8.
https://twitter.com/IndiaPOCO/status/1039491890029256706
Baca Juga:
- Perbandingan Spesifikasi POCOPHONE F1, ASUS ZenFone 5z, Xiaomi Mi 8 & OnePlus 6
- Pocophone F1 Dijual Pada 30 Ogos Harga Bermula RM1237!
- Poco F1 Rasmi! Hadir Bersama Spesifikasi Premium Dengan Harga Diluar Jangkaan