Poco F1 Rasmi! Hadir Bersama Spesifikasi Premium Dengan Harga Diluar Jangkaan

Penampilan peranti baharu di bawah jenama XiaomiPoco F1 akhirnya diperkenalkan di negara India. Peranti ini berjaya menarik perhatian dari semua kaki mobil kerana ia dilengkapi dengan spesifikasi tinggi tetapi ditawarkan pada harga jauh lebih mesra pengguna.

Poco F1 dijanakan cip pemproses peranti flagship iaitu Qualcomm Snapdragon 845, bersama 6GB/8GB RAM dan 64GB/128GB/256GB ROM di bawah teknologi UFS 2.1 yang mampu menjamin kepantasan semasa pemindahan data dilakukan.

Satu lagi kelebihan pada peranti ini adalah kapasiti bateri sebesar 4,000mAh yang mempunyai teknologi pengecasan pantas Quick Charge 3.0, sekaligus menjamin kepantasan mengecas dalam masa pendek. Menurut Poco, sistem penyejukan cecair dibekalkan pada F1 bertujuan mengurangkan haba semasa ia beroperasi. Bermakna bermain permainan dalam masa panjang pun tiada isu kepanasan.

Paparan skrin 6.18 inci FHD+ masih menggunakan rekaan takuk, di bahagian takuk tersedia lensa Infra-merah, LED Infra-merah, proximity sensor, earpiece dan 20MP kamera hadapan.

Panel belakang pula mempunyai dwi lensa utama 12MP + 5MP dengan sokong dual LED flash, teknologi kecerdasan-buatan (AI) tidak tertinggal pada kamera Poco F1, di bawah lensa terdapat juga sistem pengimbas cap jari.

Hasil gambar

Poco F1 tersedia dengan pilihan warna Graphite Black, Steel Blue, Rosso Red dan Armored Edition, ditawarkan pada harga Rs.20999 (kira-kira RM1230) untuk varian 6GB/64GB, manakala varian 6GB/128GB ditawarkan pada harga Rs.23999 (kira-kira RM1406), dan varian paling tinggi iaitu 8GB/256GB dijual pada harga Rs.28999 (kira-kira RM1699).

Terkini ada khabar angin mengatakan Xiaomi akan membawa masuk Poco F1 ke pasaran tempatan. Adakah benar? Kita nantikan berita baik dari Xiaomi.

 

 

You might also like