
Kehadiran internet sememangnya memudahkan urusan harian manusia. Meskipun demikian, penggunaan Internet yang tidak terkawal boleh membawa keburukan dan ketagihan.
Bagi menangani isu tersebut, Audra dengan kerjasama 11 Street kini telah melancarkan dua produk iaitu Audra Home (RM699) dan Audra Business (RM999) ke pasaran tempatan – membolehkan pengguna mengawal aktiviti penggunaan internet di rumah mahupun pejabat pada bila-bila masa.
Audra HomeAudra menggabungkan perkhidmatan berasaskan awan diantara sebuah modem dan penghala WiFi berperanan sebagai lapisan tambahan kawalan dan perlindungan untuk mengawal penggunaan internet pengguna.
Melalui Audra, pengguna boleh memilih mod penetapan berdasarkan keperluan persekitaran termasuk mengehadkan kandungan dan laman web, menetapkan had masa melayari internet dan mempertahankan keselamatan rangkaian daripada serangan virus.
Orang ramai kini boleh mendapatkan kedua-dua peranti tersebut secara eksklusif di 11 Street dan pembelian setiap unit akan didatangkan dengan langganan setahun. Lebih istimewanya pembelian yang dibuat pada Oktober, Audra akan memberikan langganan percuma setahun menjadikan dua tahun secara keseluruhannya.
Untuk maklumat lanjut mengenai tawaran terbaharu ini, sila layari SINI.