Celcom Secara Tidak Sengaja Mengiklankan Rangkaian U Mobile?!

1588
- Iklan -

Ramai sedia maklum, Maxis, Celcom, DiGi dan U Mobile adalah telco yang popular di Malaysia. Masing-masing berlumba-lumba dalam menawarkan pelan telco terbaik buat pengguna mereka.

Tetapi lain pula ceritanya kali ini apabila Celcom secara tidak sengaja memaparkan sebuah iklan yang menggunakan rangkaian dari telco U Mobile. Iklan ini turut menjadi perhatian netizen sekaligus menjemput U Mobile untuk membuat memberi komen.

Walaupun iklan ini telah diturunkan, ada pihak yang sempat screenshot serta berkongsi kepada orang ramai di laman sosial.

Berikut merupakan ‘komen’ yang ditinggalkan oleh U Mobile berikutan kesilapan yang dibuat Celcom.

What can we say? Everyone loves U ๐Ÿ˜

Posted by U Mobile on Khamis, 25 Oktober 2018