
Vivo Malaysia kini melaksanakan promosi “11.11 Big Sale” bersama Shopee Malaysia yang bermula dari 26 Oktober sehingga 14 November 2018.
Anda menikmati promo dengan menggunakan kod promo VIVORM25 untuk menikmati diskaun dengan perbelanjaan minimum adalah RM500 sementara kod promo VIVORM50 pula untuk mendapatkan diskaun RM50 dengan perbelanjaan minimum RM1000. Kod promo ini adalah terpakai pada model telefon yang terpilih sahaja iaitu Y65, Y71 and V7+.
Untuk maklumat, Vivo Y65 didatangkan dengan Android OS v7.1 (Nougat) . Ia juga disertakan dengan Li-Ion 3000 mAh, dan bateri yang tidak boleh ditanggalkan. Telefon ini mempunyai paparan 5.5 inci TFT dengan resolusi 720 x 1280 px.pilihan sambungan pula adalah Wi-Fi, GPS, Bluetooth, USB OTG, FM, 3G dan 4G.
Baca Juga: vivo Y65 Di Bawa Masuk Ke Pasaran Tempatan Pada Harga RM799
Bagi Vivo Y71 pula didatangkan dengan skrin 18:9 nisbah badan HD+ (1440×720) skrin dan storan sebanyak 3GB + 16GB. Ciri -ciri lain yang disertakan adalah midrange Qualcomm processor dan 13MP kamera belakang ditambah dengan 5MP pada kamera hadapan.
Vivo V7+ pula didatangkan dengan paparan 18:9 FullViewTM dan 24MP kamera hadapan untuk menghasilkan swafoto terbaik. Telefon ini dikuasakan dengan pemprosesan 1.8GHz octa-core Qualcomm Snapdragon 450 dan 4GM RAM.Telefon ini disertakan 64GB storan dalaman yang boleh ditambah sehingga 256GB menggunakan microSD card. Telefon ini disertakan juga 16MP pada kamera utama di bahagian belakang.
Bagi mendapatkan maklumat yang lebih lanjut, bolehlah layari laman web Shopee atau Vivo.
Baca juga:
- Shopee 11.11 Big Sale Janjikan Promosi Hebat Tanpa SST – Bermula 25 Oktober Hingga…
- Reviu Eksklusif: vivo V7+, Pertaruhkan Paparan Skrin Tanpa Bingkai

