
50 Juta Unit OPPO Terjual Sepanjang Tahun 2015
OPPO Mobile Telecommunications Co. Ltd. baru-baru ini telah mengeluarkan kenyataan rasmi bahawa sebanyak 50 juta unit peranti keluarannya telah berjaya dijual sepanjang tahun 2015 yang lalu. Jumlah jualan yang sangat memberangsangkan ini sekaligus telah menyaksikan peningkatan sebanyak 67% berbanding tahun sebelumnya. Kejayaan ini juga secara tidak langsung telah berjaya melayakkan OPPO untuk tersenarai sebagai salah satu daripada 10 jenama terbaik smartphone global pada tahun 2015 dan juga 2016.

