LG Perkenal Dua Projektor Minibeam Terbaru Model PH450U & PH150G

Gaming with LG MinibeamSelaku peneraju global projektor LED sejak tahun 2008, LG Electronics baru-baru ini telah memperkenalkan dua projektor mini terbaru keluarannya dengan kemunculan model termaju PH450U dan juga model PH150G yang menampilkan rekaan mudah alih ekstrem.

PH450U merupakan projektor jenis Ultra Short Throw (UST) yang berupaya menghasilkan pengalaman sinematik mudah alih yang mampu milik jika dibandingkan dengan projektor lain di dalam kelasnya. PH450U menyokong paparan imej yang jelas berukuran 80 inci HD (1280 x 720 piksel) pada jarak hanya 33cm dari layar, dan ini sememangnya sangat praktikal bagi pengguna yang memiliki ruang tontonan yang agak terhad.

LG Minibeam PH450U
LG Minibeam PH450U

PH450U yang boleh diletakkan dalam pelbagai cara ini juga secara tidak langsung membolehkan imej dipaparkan pada mana-mana permukaan rata termasuklah di atas meja, mahupun lantai. Selain itu, ia juga menyokong bateri boleh cas semula dengan ketahanan sekitar 2.5 jam dengan paparan LED 450 lumens yang menawarkan kontras sehingga 100,000:1.

PH150G juga turut ditampilkan dalam rekaan yang sangat kompak dan menarik iaitu separuh daripada saiz dimensi model PH450U yang berukuran 115 x 115 x 44.5mm dengan berat 450g. Kedua-dua projektor ini juga turut dilengkapi dengan teknologi LG Triple Wireless untuk memastikan pengalaman tontonan tanpa wayar untuk sambungan kuasa, audio dan juga video. Malah sokongan sambungan WiFi Screen Share dan juga Bluetooth turut memastikan kebebasan serta pakej mudah alih yang terbaik.

LG Minibeam PH150G
LG Minibeam PH150G

Buat masa ini LG MiniBeam PH450U akan mula diedarkan di Eropah dan Amerika Utara bermula September, manakala LG Minibeam PH150G pula disasarkan untuk pasaran Eropah, Amerika Utara dan juga Asia serta beberapa pasaran terpilih yang lain tidak lama lagi.

You might also like