Black Shark 2 Pro Sah Bakal Tampil Dengan Snapdragon 855+

Jenama peranti gaming yang popular, Black Shark kini pastinya menjadi antara pilihan kaki game di seantero dunia. Terbaharu mereka akan melancarkan Black Shark 2 Pro yang mana ia bakal dilancarkan esok.

Menurut maklumat, peranti ini sah bakal tampil dengan cip pemproses Snapdragon 855+. Seperti yang diketahui, cip ini adalah sesuai buat peranti yang memfokuskan kepada permainan mudah alih.

Buat masa ini, Black Shark 2 Pro ini dikhabarkan akan hadir dengan spesifikasi yang sama dengan Black Shark 2 dan yang membezakannya adalah cip pemproses sahaja.

 

Justeru, ia dikatakan bakal dihadirkan dengan RAM sebesar 12GB dan storan UFS 2.1. Sistem kamera juga bakal hadir dengan dwi-kamera. Jadi sama-sama kita nantikan peranti ini yang bakal dilancarkan esok!!

_____________________

Artikel Berkaitan:

You might also like