Tablet Android Terpilih Dan Telefon Android 5.0 Lollipop Kini Sokong Google Assistant

Google Pixelbook – komputer riba atau komputer hibrid tablet yang pertama menerima Google Assistant

Sebagaimana yang kita sedia maklum, fungsi pembantu maya Google Assistant sebelum ini hanya boleh diakses pada telefon pintar yang dioperasikan oleh Android 6.0 Marshmallow sahaja. Melalui sokongan Google Assistant, pengguna berupaya menggunakan pelbagai fungsi yang ditawarkan seperti mengingati tarikh ulang tahun seseorang, meminta peranti untuk membuat panggilan tanpa perlu mengakses peranti, memainkan muzik kegemaran dan banyak lagi.

Baru-baru ini Google telah mengumumkan bahawa fungsi Google Assistant bakal disokong pada lebih banyak peranti Android dan ini termasuklah tablet yang dioperasikan dengan Android 6.0 Marshmallow dan juga 7.0 Nougat. Malah telefon pintar dengan sokongan Android 5.0 Lollipop juga telah dilihat mula menerima Google Assistant ini.

Kemas kini pembantu maya untuk tablet ini akan bermula pada minggu hadapan di Amerika Syarikat yang telah menetapkan bahasa Inggeris sebagai tetapan peranti. Manakala untuk telefon pintar Android 5.0 Lollipop pula, kemas kini akan diterima oleh pengguna yang telah menetapkan peranti mereka dengan bahasa Inggeris, Sepanyol, Itali, Jepun, Jerman, Brazil dan juga Korea.

You might also like