Bixby Dalam Mandarin Diperkenalkan Khusus Untuk Pengguna Di Malaysia

Samsung Malaysia Electronics hari ini telah mengumumkan ketersediaan fungsi Bixby di dalam Mandarin khusus untuk pemilik peranti Samsung terpilih di negara ini. Selain daripada sokongan pilihan bahasa Inggeris (US) dan Korea, ketersediaan sokongan Mandarin pada pembantu digital Bixby eksklusif untuk model Galaxy S8, Galaxy S8+ dan juga Galaxy Note8 ini telah diperkenalkan berikutan permintaan tinggi di kalangan komuniti yang menggunakan Mandarin sebagai bahasa pertuturan harian.

Dengan sokongan bahasa terbaru ini, ia akan diintegrasikan secara menyeluruh ke dalam Bixby Home, Reminder, Vision dan juga Bixby Lab serta aplikasi pihak ketiga yang lain. Sebagai contoh, pengguna boleh menyebut dă kāi xiàng jī” (打开相机) dan Bixby secara automatik akan terus mengaktifkan aplikasi kamera.

Memandangkan ketersediaan Bixby masih baru buat masa ini, ekosistem pembantu digital ini dilihat akan terus berkembang, sekaligus menyambungkan lebih banyak peranti, aplikasi dan juga perkhidmatan di dalam antaramuka yang lebih pintar. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Bixby, sila layari https://www.samsung.com/my/apps/bixby/

You might also like