Jelajah Huawei nova 3/nova 3i Ke 13 Universiti Sekitar Lembah Klang

1053
- Iklan -

Kehangatan Huawei nova 3 dan nova 3i tidak beredar lagi, kini jelajah kampus sedang berlangsung di mana sebanyak 13 universiti di sekitar Lembah Klang akan menyambut ketibaan Huawei nova 3 dan nova 3i sebagai platform untuk para pelajar mengenali lebih mendalam lagi kecanggihan peranti siri nova baharu ini.

Kempen ini telah bermula bulan ini sehingga pertengahan bulan Oktober, dan berjaya menerima sambutan heboh-heboh di kalangan pelajar. Seiring bersama, Huawei juga menjemput pelajar menyertai Program Perantis nova di mana biasiswa sehingga RM30,000 akan ditawarkan kepada pasukan yang menang.

Selain itu, pelajar juga berpeluang memenangi peranti nova 3 atau nova 3i dengan peraduan yang dianjurkan di 13 universiti seperti di bawah:

  • APU, Serdang → 14 hingga 15 Ogos
  • MMU, Serdang → 16 hingga 17 Ogos
  • Brickfield Asia Colllege, PJ → 22 hingga 23 Ogos
  • Taylor’s University Lakeside → 28 hingga 29 Ogos
  • UKM, Bangi → 12 hingga 13 September
  • KDU, Glenmarie → 18 hingga 19 September
  • HELP, Subang Bestari → 20 hingga 21 September
  • UPM, Serdang → 24 hingga 25 September
  • TARUC, KL → 2 hingga 3 Oktober
  • Universiti Malaya → 8 hingga 9 Oktober
  • MSU, Shah Alam → 10 hingga 11 Oktober
  • UTAR, Sg.Long → 15 hingga 16 Oktober
  • Uniten Kajang → 17 hingga 18 Oktober

Maklumat lanjut, layari laman rasmi Huawei atau FB mereka.