Lelong Tawarkan Proton SUV Baharu Sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-20

Dalam menyambut ulang tahun ke-20 bagi platform e-dagang Lelong.my di Malaysia, pemberian ganjaran hadiah eksklusif sebuah Proton SUV baharu yang belum dirasmikan, serta 10,000 baucer dan 500 hadiah akan ditawarkan.

Bermula hari ini hingga Hari Malaysia (16 September 2018), Lelong akan mengajurkan beberapa peraduan, tawaran dan promosi kepada pengguna. Peraduan “Shop and Win” dan “Spin and Win” boleh didapati di laman sesawang atau menerusi aplikasi Lelong.my di peranti Android atau iOS anda.

Sebagai peneraju dalam bidang pembidaan, Lelong juga mengadakan bidaan “Superbid” dalam kempen ini. Pengguna yang berminat boleh membida pada hari biasa bermula jam 1 petang hingga 2 petang dengan harga serendah RM1 di laman rasminya.

Laman sosial Instagram dan FB juga mengadakan cabaran “20 for 20”, di mana sebanyak 20 cabaran unik akan dijalankan dan 20 orang pemenang akan dipilih. Tawaran seperti Star Deals, Hot Items Hot Deals (untuk barangan terlaris) dan Bargain Corner (untuk barangan di bawah harga RM50) juga akan berlangsung pada masa yang sama juga.

 

 

 

You might also like