
Pocophone F1 Bakal Mendarat Di Pasaran Malaysia?!
Poco, sebuah syarikat di bawah Xiaomi akan melancarkan peranti baharu mereka yang dikenali sebagai Pocophone F1 ke pasaran India pada 22 Ogos 2018 ini. Peranti ini boleh dikatakan mempunyai kuasa dalaman yang setanding dengan peranti flagship, salah satu spesifikasi berkuasa adalah penggunaan cip pemproses Snapdragon 845 dengan sistem penyejukan cecair.
Selain itu, pembinaan bateri berkapasiti besar 4,000mAh juga mendapat sokongan pengecasan pantas Quick Charge 3.0 pada USB Type-C. Skrin takuk 5.99 inci FHD+ dikhabarkan hadir bersama kamera hadapan beresolusi 20MP dengan fungsi IR Face Unlock, manakala kamera utama mempunyai dua lensa 12MP + 5MP serta teknologi pengimbas cap jari diletakkan pada panel belakang.
Poco F1 diperkenalkan dalam tiga varian iaitu 6GB + 64GB, 6GB + 128GB dan 8GB + 256GB, dijangka hadir dengan pilihan warna merah, kelabu, biru dan gradient. Manakala warna untuk varian 8GB RAM sedikit berbeza iaitu biru, kelabu, gradient dan Kevlar. Tawaran harga untuk ketiga-tiga varian ini dikhabarkan agak mesra pengguna, di mana lebih kurang sama dengan Mi 8 yang berharga RM1,599 (64GB) dan RM1,899 (128GB).
Contoh hasil gambar terdedah:
Dalam dua bulan ini sahaja, Mi Malaysia telah membawa masuk peranti baharu Android Go Xiaomi Mi A2 dan peranti flagship Mi 8 ke pasaran tempatan. Terkini, ada khabar angin mengatakan Xiaomi ada lagi satu peranti baharu yang ingin dibawa masuk. Adakah ia Pocophone F1?
Sorry to keep you guys waiting. So Poco F1 will be coming in 3 variants, as leaked by me earlier. The 6GB+128GB model will approx. cost Rs. 25,000 in India as per my source. The final pricing could be a little diff. You can calculate the price of 6+64GB and 8+256GB variant urself pic.twitter.com/AvDmlP8iGC
— Ishan Agarwal (@ishanagarwal24) August 17, 2018