
Pocophone F1 baru sahaja dilancarkan secara rasmi di pasaran global, berita terkini dari Xiaomi Malaysia bahawa peranti berspesifikasi tinggi tapi lebih harga lebih mesra pengguna ini akan mula dijual pada 30 Ogos 2018 nanti.
Pocophone F1 tersedia dalam dua varian, iaitu 6GB + 64GB ditawarkan pada harga RM1237 eksklusif di laman e-dagang Lazada, manakala varian 6GB + 128GB dijual pada harga RM1428 di kedai Mi Store dan laman e-dagang Lazada.
**Perlu diingatkan di sini, berdasarkan pengenalan SST, bermula 10 September Pocophone F1 akan dijual pada harga RM1,299 untuk varian 6GB + 64GB, sementara varian 6GB + 128GB dijual pada harga RM1,499.
Promosi istimewa turut diadakan di pusat membeli-belah Mid Valley pada 30 Ogos 2018, 200 pelanggan pertama yang membeli Pocophone F1 akan mendapat Mi Sports Bluetooth Earphones bernilai RM93 dan game holder secara percuma.
Pocophone F1 adalah peranti yang dijana dengan cip pemproses Qualcomm Snapdragon 845 dengan sistem penyejukan terbina dalam. Mempunyai kapasiti bateri yang besar iaitu 4,000mAh bersama sokongan pengecasan pantas Quick Charge 3.0. Bagi kuasa penggambaran pula, peranti ini juga mengagumkan di mana ia dilengkapi dengan dwi kamera 12MP f/1.9 + 5MP f/2.0 serta kamera hadapan 20MP f/2.0.
Spesifikasi lebih lanjut, boleh baca pautan di SINI >> Poco F1 Rasmi!

