WOW! Ang Pow Istimewa Dari Maxis!

photo-1Maxis telah merancang sesuatu yang cukup istimewa untuk perayaan tahun Baru Cina kali ini. Ang Pow sememangnya cukup sinonim dengan perayaan ini, sarung duit ini banyak digunakan dan selepas ini anda tidak perlu membuang Ang Pow selepas Tahun Baru Cina, ia akan tumbuh sepanjang tahun. Anda cuma perlu tanamkan Ang Pow istimewa Plant-a-Blessing Maxis di dalam tanah, dan lihat ia berkembang mekar.

photo-2Ang Pow Plant-a-Blessing Maxis adalah paket merah khas yang dibuat daripada kertas benih yang boleh ditanam. Setiap Ang Pow direka dengan ruang di mana pemberi Ang Pow boleh menulis mesej peribadi khas buat penerima, untuk dijadikan inspirasi pada tahun hadapan. Tanam Ang Pow di dalam tanah dan siramnya dengan air untuk mengaktifkan benih tanaman, yang seterusnya bercambah menjadi tumbuhan berbunga.

photo-3Anda boleh dapatkan satu set Ang Pow ini secara percuma apabila anda membeli mana-mana telefon baharu melalui Maxis Online Store sehingga 11 Februari 2017. Bersempena promosi ang pow Plant-A-Blessing ini, Maxis telah melancarkan satu filem yang menyentuh hati bertajuk “The Money Grandma Owes Me” , di mana seorang anak muda mendapat tahu bahawa hadiah yang paling istimewa sebenarnya hadiah yang tidak boleh dibeli dengan wang.

 

You might also like