Reviu Eksklusif: BlackBerry KEY2, “Makhluk Asing” Unik Dalam Era Skrin Penuh

Harga: RM2,599

Dalam era skrin penuh masa kini, apa tarikan utama yang masih dipegang kuat oleh BlackBerry dalam memperkenalkan peranti Android yang taat setia pada rekaan papan kekunci QWERTY. Bagi peminat tegar BlackBerry, ini adalah keunikan jenama ini dan tiada kesusahan untuk mereka yang suka terhadapnya. Sebaliknya, pengguna Android lain yang sudah biasa dengan paparan skrin penuh, rekaan ini nampaknya sangat “pelik” dan tidak memberi sebarang manfaat kepada mereka.

Sebenarnya setiap barangan ada peminat tersendiri, di sini tiada soal betul atau salah. Bagi memberikan sudut pandangan yang berlainan kepada pengguna Android yang lain, apa kata kita sama-sama menerokai dalaman BlackBerry KEY2 ini.

 

PAKEJ PEMBELIAN

Boleh rujuk unboxing kami

 

SPESIFIKASI

Spesifikasi BlackBerry KEY2
Sistem Operasi Android 8.1 Oreo
Pemproses Qualcomm Snapdragon 660
Kyro 260 Octa-core 4x 2.2GHz + 4x 1.8GHz
Kad Grafik Adreno 512
Paparan 4.5 inci IPS LCD, 1080 x 1620 piksel (~433ppi)
Corning Gorilla Glass
Bateri 3,500mAh, Quick Charge 3.0
Memori 6GB RAM, 64GB ROM
microSD sehingga 256GB
Kamera Kamera Utama
12MP + 12MP, f/1.8 + f/2.6 aperture
Dual Tone LED Flash, Dual PDAFKamera Hadapan8MP, f/2.0 aperture, FF, Selfie Flash (LCD)
Rakaman Video 4K @ 30fps
Slot Kad Nano SIM / Nano SIM + kad microSD
Keselamatan Pengimbas Cap Jari
Sambungan WiFi 802.11a/b/g/n/ac 2.4/5GHz, Bluetooth 5.0, NFC,
USB Type-C, USB 3.0, USB OTG
Dimensi 151.4 x 71.8 x 8.5mm / 165g
Warna Hitam, Perak
Harga RM2,599

 

 

SEKILAS PANDANG REKAAN LUAR

Peranti BlackBerry mungkin agak bulky pada zaman dahulu, tetapi tidak lagi sekarang! BlackBerry KEY2 mempunyai rasa pegangan yang selesa walaupun bahagian sisinya agak segi berbanding peranti lain yang mempunyai rekaan curve skrin.

Paparan skrin 4.5 inci dengan sokongan Corning Gorillas Glass 6 terkini mempunyai ketahanan yang cukup kuat. Walaupun ukuran skrin agak ketinggalan pada masa kini, namun tidak menghalang BlackBerry untuk terus menawarkan trademark mereka iaitu papan kekunci QWERTY.

• Terdapat 35 kekunci pada KEY2, sokongan sentuhan memudahkan anda menatal laman web hanya dengan jari.

Ahli baharu pada kekunci ini dipanggil Speed Key, ia boleh mengakses pintas sehingga 52 fungsi utama peranti pintar tanpa perlu kembali ke skrin utama.

• Sebagai contoh, tekan butang Speed Key dan A untuk membuka Kontak, atau tekan Speed Key dan F untuk membuka Facebook. Pintasan ini boleh disesuaikan mengikut kesukaan diri sendiri.

• Space Bar pada papan kekunci ada peranan kedua, iaitu agen keselamatan pengimbas cap jari.

Beralih ke bahagian sisi kerangka, terdapat butang laras suara, butang kuasa dan butang pintas (Convenience Key) di sisi kanan dengan masing-masing mempunyai kemasan yang berlainan.

Sisi kanan
Slot SIM

Sisi kiri pula lebih kemas, hanya tersedia slot kad SIM hibrid untuk dwi Nano SIM atau Nano SIM + kad microSD.

Bahagian atas
Bahagian bawah

Bahagian atas hanya terletak port audio 3.5mm, manakala bahagian bawah terletak speaker dan port USB Type-C untuk pengecasan pantas atau pemindahan data.

Kamera hadapan
Kamera utama

Akhir sekali, panel belakang BlackBerry KEY2 menempatkan rekaan dwi kamera yang beresolusi 12MP + 12MP dengan dual tone LED Flash di sebelahnya. Adakah prestasi kamera memuaskan? Kami telah sediakan sebilangan hasil gambar di bawah.

 

CIRI-CIRI UNIK PADA BLACKBERRY KEY2

Android 8.1 Oreo & Fungsi Menarik

Dilengkapi sistem operasi Android 8.1 Oreo, antaramuka KEY2 lebih kemas seperti Android Asli. Terdapat beberapa fungsi menarik tersedia padanya, seperti BlackBerry Hub, Privacy Shade, Redactor dan DTEK.

• BlackBerry Hub berperanan tempat akses pintas untuk emel, mesej, kalendar, media sosial dan kontak. Ia berada di sisi skrin dan anda hanya perlu tarik keluar apabila ingin menggunakan salah satu daripadanya.

• Blackberry Privacy Shade adalah tetingkap kecil yang hanya memaparkan sebahagian skrin dari dilihat, sesuai digunakan sekiranya ada dokumen privasi perlu dibaca.

• BlackBerry Redactor sangat mesra pengguna, ia memudahkan anda padamkan maklumat peribadi apabila mengambil screenshot.

• DTEK by BlackBerry adalah aplikasi terbina-dalam yang sentiasa memantau kesihatan dan sekuriti peranti.

 

Cip Pemproses Snapdragon 660

Mungkin ramai juga tidak dapat menerima kehadiran cip pemproses Snapdragon 660, tetapi pada KEY2 ia boleh dikatakan cukup memuaskan. Dilengkapi dengan Octa-core 2.2GHz Kyro 260 serta kad grafik Adreno 512, penggunaan seharian berjalan dengan lancar di bawah gandingan memori 6GB RAM dan 64GB ROM.

Ujian Antutu

Ujian Geekbench

 

Bateri 3,500mAh & Quick Charge 3.0

Menurut apa yang dikongsikan dari BlackBerry, bateri sebesar 3,500mAh pada KEY2 boleh bertahan selama dua hari dengan sekali isian penuh.

Fungsi pengecasan pantas Quick Charge 3.0 dihadirkan bersama Boost Mode, di mana ia mampu mengoptimumkan masa pengecasan dengan meminimumkan penggunaan kuasa peranti semasa dicas.

 

Keupayaan Kamera Ada Kejutan

Bagi peminat BlackBerry, penawaran dwi kamera merupakan salah satu penambahbaikan yang amat dialu-alukan. Gabungan lensa 12MP + 12MP masing-masing dengan aperture f/1.8 + f/2.6 memberikan hasil penggambaran yang cukup memuaskan, tambahan lagi 2x zum optikal boleh menangkap objek jauh tanpa masalah.

Kamera hadapan pula beresolusi 8MP bersama aperture f/2.0, tetapan kamera pada KEY2 agak ringkas termasuk juga mod kamera yang terhad seperti Portrait, Pano, Slow-Mo dan Scanner. Mungkin KEY2 lebih memfokuskan pada golongan profesional yang tidak berupa pentingkan penggambaran, jadi spesfikasi untuk bahagian kamera pun sekadar okay sahaja.

 

HASIL GAMBAR

Apa yang boleh katakan, hasil penggambaran dari kamera KEY2 tidak mengecewakan. Tak percaya? Tengok hasil gambar dari kami…

 

 

ULASAN…

Pro
  • Kerangka aluminium memberi pegangan yang cukup selesa, tambahan tidak mudah memerangkap kesan cap jari seperti peranti sedia ada di pasaran.
  • Antaramuka sistem operasi Android 8.1 Oreo lebih kemas seperti Android Asli
  • Papan kekunci QWERTY dengan fungsi SpeedKey memudahkan kerja mengakses ke aplikasi tertentu dengan pantas.
  • Kapasti bateri 3,500mAh yang mampu bertahan selama 2 hari sekali isian penuh
  • 6GB RAM dengan Snapdragon 660 menjamin aplikasi beroperasi secara lancar.
  • Walaupun tetapan dan mod kamera agak ringkas, tetapi hasil penggambaran tidak mengecewakan.

Kon
  • Paparan skrin yang kecil agak ketinggalan dengan peranti masa kini
  • Teknologi pengecaman wajah tidak disokong
  • Harga jualan kurang kompetitif
  • Kemampuan kamera yang kurang memuaskan.

 

 

 

 

You might also like